HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 BULI SIBER ??

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak
avatar

Female
Posts : 1681
Age : 41
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: BULI SIBER ??   Tue Apr 29, 2008 1:10 pm

SEMUA orang pasti pernah menerima mesej melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) atau e-mel yang berunsur fitnah dan cuba
memburuk-burukkan seseorang.
Apabila anda menerimanya, apa yang anda lakukan? Memadamnya atau menyebarkannya kepada kawan lain supaya lebih ramai orang tahu?
Tahukah anda, menyebarkan SMS atau e-mel begini yang tidak diketahui
kebenarannya adalah satu bentuk pembulian siber? Jadi selepas ini jika
anda menerima SMS atau e-mel berunsur fitnah, padamkan segera dan usah
memanjangkannya kepada orang lain.

Buli satu masalah besar. Ia boleh membuatkan seseorang berasa
terluka, sakit hati, malu, takut, sunyi, terasing dan sedih. Buli tidak
terhad kepada perlakuan fizikal saja seperti memukul, menendang,
mencubit atau menolak.
Buli juga boleh dilakukan dengan kata-kata dengan memberi gelaran,
mengancam, menjadikan seseorang bahan ketawa atau memfitnah
(mengada-adakan cerita).
Kini ada saluran baru untuk membuli seseorang iaitu melalui Internet
atau lebih dikenali sebagai buli siber. Sebenarnya ia bukan perkara
baru dan kita melihat pelbagai contoh buli siber seperti yang pernah
dipaparkan dalam akhbar.

Mengapa boleh wujud pembuli? Sesetengah pembuli mahu mendapat
perhatian. Pembuli mungkin berfikir membuli kaedah popular yang
memudahkan mereka mendapat apa dihajati. Kebanyakan pembuli melakukan
pelbagai tindakan untuk membuat diri berasa penting, besar dan
berpengaruh.

Sikap keluarga yang suka marah-marah, menjerit dan memberi gelaran
buruk kepada ahli keluarga lain juga boleh mendorong seseorang,
terutama kanak-kanak, menjadi pembuli.

Mereka beranggapan dengan menjerit, bersikap pemarah dan memanggil
nama tertentu adalah perkara normal kerana ia dilihat berlaku setiap
hari dalam keluarganya. Pembuli begini tidak faham dan tidak peduli
perasaan orang lain.

Sesetengah pembuli tahu tindakan mereka boleh memalukan atau
melukakan perasaan orang lain. Mereka sengaja berbuat demikian untuk
mencapai keinginan dan memuaskan hati.

Namun ada juga pembuli tidak tahu bagaimana sakit hati, malu dan terseksanya mangsa buli akibat perbuatan mereka.

Hal ini tidak terkecuali dalam buli siber. Pembuli siber menggunakan
SMS, e-mel, blog (diari atau catatan peribadi yang boleh dibaca sesiapa
saja di Internet) atau laman web untuk mengganggu, mengancam dan
memalukan seseorang tanpa mendedahkan identiti mereka yang sebenar.

Ada bermacam jenis pembulian siber; daripada membuat fitnah atau
khabar angin, menyebarkan gambar yang boleh memalukan sehinggalah
menghantar mesej memalukan, berulang kali mengganggu (termasuk gangguan
seksual), mengancam atau memeras ugut.

Semua orang terdedah kepada risiko buli siber. Bagaimanapun,
kumpulan paling berisiko adalah pelayar Internet muda. Ada dua
perbezaan utama antara buli di alam nyata dan siber. Pembuli siber
menggunakan teknologi untuk menyebarkan mesej dengan cepat kepada ramai
orang.

Malah, mereka boleh mengambil gambar memalukan menggunakan kamera
telefon bimbit dan menyebarkannya kepada kawan lain dalam masa beberapa
minit saja. Selain telefon bimbit, komputer dan Internet membolehkan
pembuli berselindung di balik nama samaran yang secara tidak langsung
memberi mereka peluang melakukan aktiviti buli dengan lebih rancak.

Menurut Pengurus Pemasaran Serantau Symantec, Effendy Ibrahim,
pembulian siber lebih bersifat serangan peribadi yang ditujukan khas
untuk seseorang.
Biasanya ia dilakukan remaja atau golongan muda dan kadangkala orang dewasa yang bermasalah.

“Buli siber adalah perlakuan anti sosial secara on-line. Ia jelas
menunjukkan si pembuli ada masalah tingkah laku dan mental. Pembulian
siber juga mungkin menandakan individu itu kesunyian dan mahukan
perhatian daripada pengguna Internet lain,” katanya.

Mengapa pembulian siber perlu dibimbangkan? Kajian Symantec
mendapati 72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan
Internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, memuat
turun lagu atau perisian serta mencari kenalan.

Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24
tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih
belajar di sekolah rendah.
Internet menjadi sebahagian hidup golongan muda kini. Menghalang
mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat
mereka.
Namun kita perlu berhati-hati kerana pengguna Internet bukan saja
terdedah kepada pembulian, malah berisiko menjadi mangsa penipuan dan
93 peratus mangsa adalah pengguna Internet persendirian.

“Gangguan ini bukan saja memalukan, tetapi boleh menyebabkan
seseorang remaja berasa rendah diri sehingga ada yang nekad membunuh
diri.
“Di luar negara, seorang remaja perempuan berumur 13 tahun membunuh
diri selepas teman lelaki Internet memutuskan ‘hubungan’ dan berkata
dunia akan menjadi lebih baik jika remaja perempuan itu tiada.

“Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan
ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik.
Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku,
tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap
ia tidak perlu dilayan,” kata Effendy.

Apa yang remaja fikir dan buat?40 peratus beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang tidak dikenali di Internet.

  • 20 peratus beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
    30 peratus memberi pertimbangan untuk bertemu rakan Internet.

    9 peratus pengguna Internet muda (13 hingga 15 tahun) pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui Internet

  • Ini sebabnya ibu bapa perlu ambil tahu kegiatan Internet anak. Ia
    bukan saja untuk memantau anak melayari laman web tidak sepatutnya,
    malah boleh melindungi anak daripada menjadi mangsa buli siber.

  • Jika anak menjadi mangsa buli siber, dia mungkin merahsiakan perkara
    ini kerana malu dan bimbang anda marah atau melarang mereka menggunakan
    telefon bimbit mahupun komputer. Bagaimanapun, usah risau kerana
    beberapa tanda yang boleh diperhatikan iaitu:

  • Anak kelihatan sedih, risau atau marah selepas menggunakan telefon bimbit atau komputer.

    Anak anda mula mengasingkan diri dan tidak lagi mahu bercampur dengan rakannya.

    Prestasi pelajaran mula merosot atau menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sekolah atau mana-mana kelas.

    Anak menunjukkan tanda sedih atau resah.

  • Bagaimana menangani buli siber:
  • Tunjukkan anda ambil berat masalah yang mereka hadapi.

    Simpan dan cetak bukti pembulian siber.

    Kenal pasti siapa pembuli itu. Biasanya pembulian siber membabitkan lebih daripada seorang.

    Fail aduan secara formal pada pengendali perkhidmatan Internet.

    Arah pembuli menghentikan tindakan mereka.

  • Hubungi ibu bapa pembuli, sama ada melalui telefon atau lebih baik
    bersama surat aduan yang disahkan. Beritahu mereka apa berlaku dan
    tunjukkan bukti. Jika perlu, beri amaran bahawa anda akan ambil
    tindakan undang-undang.

  • Maklumkan guru sekolah mengenai perkara ini supaya ia dapat dihentikan segera.

  • Jika pembulian membabitkan gangguan seksual, buat aduan polis.
    Ibu bapa juga perlu ambil tahu adakah anak mereka menjadi pembuli siber. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
  • Minta anak tunjukkan laman web yang biasa dikunjungi dan
    rangkaian sosial mereka. Anda juga boleh membuat penyelidikan sendiri
    dengan mencari nama anak dalam laman web.

  • Tengok telefon bimbit anak anda, terutama mesej dan gambar yang disimpan di dalamnya.

  • Anak remaja yang lebih dewasa mungkin menganggap tindakan ini
    menceroboh hak mereka, tetapi beritahu ia tanggungjawab anda sebagai
    ibu bapa untuk memastikan keselamatan mereka.

  • Jika masalah berterusan, beri hukuman dengan menahan pnggunaan telefon bimbit atau Internet.

  • Panduan perlindungan jenayah Internet:
  • Rahsiakan semua maklumat peribadi.

    Jangan dedahkan nama sebenar, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau memberi gambar kepada kenalan di Internet.

  • Jauhkan diri daripada individu tidak dikenali, tidak kira apa yang
    mereka kata mengenai anda. Usah cepat termakan pujian atau janji
    kenalan dalam Internet kerana tiada cara untuk tahu siapa mereka
    sebenarnya.

  • Jangan bercakap dengan orang tidak dikenali di Internet.

  • Jangan sekali-kali berjumpa kenalan dari Internet. Jika terpaksa,
    ajak ibu, bapa atau saudara mara lebih tua menemani anda. Biar orang
    kata anda kolot kerana ia lebih baik daripada menempah bahaya. Jangan
    sekali-kali pergi sendirian.

  • Beritahu ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai apa yang anda
    lihat di Internet, terutama jika perkara berkenaan membuatkan anda rasa
    kurang selesa.

  • Ingat:
  • Apa yang anda masukkan dalam Internet bersifat kekal. Apa yang dilakukan akan dikesan, dipantau dan disimpan.

  • Kerahsiaan nama anda adalah karut. Pengendali perkhidmatan
    Internet, mana-mana kerajaan, jurujual yang mahu menjual barang tidak
    berguna atau penjenayah Internet boleh menduga minat anda, mengikut
    jejak digital dan tahu siapa anda.

  • Etika siber perlu diamalkan semua orang. Gangguan siber boleh
    membawa kepada penguatkuasaan undang-undang. Jadilah diri anda sendiri
    dan kekalkan sifat baik sepanjang masa.

  • Pertandingan permainan Internet. Tetapkan had supaya anda tidak
    terlalu asyik sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian lain, terutama
    tumpuan di sekolah.

  • Membeli barang di Internet. Jangan sekali-kali beri kata laluan anda kepada sesiapa pun di Internet.

    Bersosial hanya secara on-line. Jangan jumpa rakan baru dikenali melalui Internet. Tindakan ini sangat berbahaya.

  • Panduan untuk ibu bapa:
  • Sentiasa ingatkan anak untuk melindungi dan merahsiakan maklumat peribadi.

    Letak komputer di tempat terbuka supaya anda boleh pantau kegiatan Internet anak.

    Elak menggunakan kamera web.

    Pantau aktiviti Internet anak.

    Lindungi data anda.

    Ingatkan anak mengenai masa depan supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang akan dikesali kelak.

  • Beri panduan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di Internet.
    Sentiasa ingatkan anak supaya menjaga adab sopan dan berhati-hati
    ketika berinteraksi dengan orang lain di Internet.

  • Jangan pos gambar yang boleh menjadi ancaman kepada diri sendiri.

  • Ancaman on-line ramaja
    > 71 peratus menerima pesanan daripada individu tidak dikenali.
    > 45 peratus ditanya mengenai maklumat diri oleh orang tidak dikenali.
    > 61 peratus pernah menghantar maklumat diri dalam laman web
    rangkaian sosial seperti MySpace, Friendster, Xanga atau Facebook.
    > 34 peratus melihat bahan seks yang tidak ingin dilihat secara online.
    > 13 peratus pernah menerima mesej berunsur seks.
    > 9 peratus diganggu dalam pelbagai cara.

  • _________________
    "Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
    Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
    Yang Solehah."

    "MAMA NABILAH"

    Amin
    Back to top Go down
    View user profile
    irees_natasha
    Temenggung
    Temenggung
    avatar

    Female
    Posts : 1332
    Age : 35
    Location : .. My Heart ..
    Status : .. My Love ..
    Joined : 2008-04-03

    PostSubject: Re: BULI SIBER ??   Tue Apr 29, 2008 2:15 pm

    emm good info ....

    tak penah kena lagi la wat masa nii ...

    _________________


    " ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
        ... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
    Back to top Go down
    View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
    zoulle
    Inspekter Sahab
    Inspekter Sahab
    avatar

    Male
    Posts : 5286
    Age : 37
    Location : world wide web
    Joined : 2008-03-29

    PostSubject: Re: BULI SIBER ??   Tue Apr 29, 2008 2:21 pm

    makin moden dunia ni makin banyak pulak penyakit sosial masyarakat... hmmm.. serba tak kena dibuatnya...

    _________________
    ~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
    Back to top Go down
    View user profile
    roll_honey
    DYMM Permaisuri Teratak
    DYMM Permaisuri Teratak
    avatar

    Female
    Posts : 1681
    Age : 41
    Location : Bandaraya Pesisir Air
    Status : Lumber HaraM
    Joined : 2008-04-01

    PostSubject: Re: BULI SIBER ??   Tue Apr 29, 2008 3:34 pm

    jgn buli akak dah muahaha...

    _________________
    "Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
    Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
    Yang Solehah."

    "MAMA NABILAH"

    Amin
    Back to top Go down
    View user profile
    Sponsored content




    PostSubject: Re: BULI SIBER ??   

    Back to top Go down
     
    BULI SIBER ??
    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 1 of 1
     Similar topics
    -
    » African bush elephant, Bullyland Deluxe Wild Animals 63573, walk around

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum II :: Teratak IT dan Teknologi-
    Jump to: