Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcap8%kebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcap19%kebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcap50%kebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcap22%kebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
zoulle
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
mehatespink
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
nina2519
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
bayu_pagi
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
notme
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
roll_honey
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
notrex
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
irees_natasha
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
jay
kebahagian itu mudah diraih I_vote_lcapkebahagian itu mudah diraih I_voting_barkebahagian itu mudah diraih I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 40 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 40 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 kebahagian itu mudah diraih

Go down 
AuthorMessage
michiru
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
michiru


Female
Posts : 128
Age : 39
Location : Kuala Lumpur
Status : single
Joined : 2009-05-15

kebahagian itu mudah diraih Empty
PostSubject: kebahagian itu mudah diraih   kebahagian itu mudah diraih I_icon_minitimeWed Jun 03, 2009 10:29 am

Kebahagiaan Itu Mudah Di Raih




Oleh Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni (Penulis Buku La-Tahzan: Jangan
Bersedih)


Di antara nikmat terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan
ketenangan hati. Ini adalah kerana, di dalam kegembiraan hati itu
terdapat keteguhan fikir, produktiviti yang bagus, dan keriangan jiwa.
Ramai orang mengatakan:




"Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari."





Barangsiapa yang mengetahui cara menghasilkannya, tentu akan merasa
mudah meraihnya dan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan dan kemudahan
hidup, serta mampu menjadikan apa yang berada disekitarnya sebagai
sarana dalam mencapai kebahagiaan hidup. Adapun perkara utama untuk
meraih kebahagiaan adalah dengan meningkatkan daya ketahanan jiwa raga,
tidak mudah goyah oleh goncangan-goncangan, tidak gentar dengan berbagai
peristiwa yang menerpa, dan tidak sibuk memikirkan perkara-perkara yang
kecil dan remeh. Begitulah, semakin kuat dan jernih hati seseorang, maka
akan semakin bersinar pula jiwanya.




Hati yang sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah
semangat, dan sering berada di dalam kegelisahan, akan selalu diliputi
dengan kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa
membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan terhadap segala
perkara yang mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan
terasa ringan.




Jika seorang pemuda meningkatkan ketahanan diri Maka segala sesuatu akan
berlalu Dan yang tersisa hanya kebahagiaan...




Di antara musuh utama kegembiraan adalah wawasan yang sempit, pandangan
yang cetek, dan egoisme dan sikap melupakan keadaan alam seisinya tanpa
mengambil pelajaran daripadanya. Dan Allah menyifatkan musuh-musuhNya
sepertimana berikut:

"... mereka dicemaskan oleh diri mereka sendiri..." (Ali-Imran:
154)

Orang-orang yang berfikiran sempit, sentiasa melihat dunia ini menurut
perspektif mereka sendiri. Mereka tidak pernah memikirkan pandangan
orang lain, mereka merasai hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri,
dan sama sekali tidak memperhatikan kepentingan orang lain. Sesungguhnya
di antara saya dan anda terkadang harus memperhatikan, tetapi suatu saat
kita perlu menyisihkan waktu untuk menyibukkan diri dengan sesuatu
kepentingan yang harus kita lakukan secara peribadi dan menjauhkan diri
dari orang lain untuk menyembuhkan luka, dukacita, dan kesedihan kita.
Maka dengan demikian, kita akan memperolehi dua perkara sekaligus iaitu
kebahagiaan diri dan kebahagiaan orang lain.




Suatu perkara utama yang perlu anda lakukan dalam meraih seni
kebahagiaan ialah bagaimana mengendalikan diri dan menjaga fikiran anda.
Sekiranya fikiran anda tidak dikendalikan, tentu fikiran anda akan
terbawa ke mana-mana, begitu juga fail kesedihan yang tersimpan di dalam
fikiran anda terbuka kembali dan buku kesedihan yang telah tertulis
sejak anda dilahirkan dari perut ibu akan terbaca kembali. Sesungguhnya
fikiran liar yang tidak terkendali itu hanya akan menghidupkan kembali
luka lama, bahkan juga mencemaskan masa hadapan. Ia juga dapat
membuatkan tubuh gementar, melenyapkan jati diri, dan perasaan terbakar.
Oleh kerana itu, kendalikan fikiran anda ke arah yang baik dan mengarah
pada perbuatan bermanfaat.

"Dan, bertawakkallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak
pernah mati..." (Al-Furqan: 58)

Perkara utama yang juga penting dalam mempelajari seni kegembiraan
adalah bahawa anda harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan
keadaannya yang sebenar. Bagaimanapun, kehidupan ini laksana permainan
yang harus diwaspadai kerana dunia ini adalah pusat terjadinya segala
kekejian, kepedihan dan bencana. Jika demikianlah sifat-sifat dunia,
maka mengapa ia harus diberikan perhatian dan bersedih di atas
kehilangannya? Keindahan hidup di dunia ini seringkali palsu,
janji-janjinya hanya fatamorgana belaka, apa yang terlahir pasti akan
lenyap, orang yang menjadi tuan di dunia akan didengki, dan orang yang
mendapat nikmat akan dibenci, dan kekasih tercinta suatu ketika akan
membunuh dengan kepergiannya.




Bapa kami membangun ummah
sedang kami adalah penghuninya
Setiap saat terdengar burung gagak.
Kami menangis di dunia ini
dan tidak terikat dengannya
sedangkan bagi mereka
dunia telah mengumpulkan mereka
dan tidak terpisahkan.
Lantas di manakah
para penguasa yang sombong itu.
Mereka mengumpulkan harta
seolah akan dibawa mati.
Mereka tidak menyisakan buat orang lain
yang hidup dalam kesempitan.
Begitu terus sehingga tubuh dihimpit tanah dalam liang lahad.
Mereka membisu dalam kesombongan
seolah tidak tahu sama sekali.
Sesungguhnya setiap kalimah mereka
adalah kemutlakan yang harus dituruti.




Dalam sebuah hadith disebutkan:

"Sesungguhnya ilmu itu didapati hanya dengan cara mempelajari;
dan keramahan itu diperolehi dengan cara membiasakan bersikap sopan."

Dalam ilmu peradaban disebutkan bahawa kegembiraan itu tidak datang
begitu sahaja; harus diusahakan dan dipenuhi segala sesuatu yang menjadi
prasyaratnya. Lebih dari itu, untuk mencapai kebahagiaan anda harus
menahan diri dari sesuatu yang tidak bermanfaat. Begitulah cara membina
jiwa agar sentiasa bersedia di ajak mencari kebahagiaan.

Kehidupan dunia ini sebenarnya tidak berhak membuat kita bermuram durja,
mengeluh dan lemah semangat. Sebuah syair mengatakan:




Hukum kematian telah berlangsung di muka bumi Apalah dunia ini dibanding
dengan rumah nanti Saat kau melihat manusia di dalamnya bercerita Kau
kumpulkan cerita dari berbagai sumber cerita Cerita itu kau cetak di
atas kotoran Sedang kau menginginkannya suci dari segala debu dan
kotoran Mengumpulkan hari-hari adalah berlawanan dengan sifat alaminya
sama dengan meminta bara api di genangan air Bila kau mengharapkan
kemustahilan kau telah membangunkan harapan di tepi jurang yang runtuh
Usirlah keraguan yang ada di dirimu secepatnya Kehidupan yang kau miliki
adalah selembut dari berberapa lembaran Mereka berpacu mengejar kuda
perkasa bergegas agar dapat kembali sampai mereka cacat Tidak mungkin
kau meraih kejayaan dalam suatu zaman jika kau menyerah sebab watak
zaman adalah melawan kebebasan




Dan pada hakikatnya, anda tidak mampu melepaskan diri dari pengaruh
kesedihan, kerana kehidupan dunia ini memang diciptakan penuh dengan
kesedihan.

"Kami telah menciptakan manusia dalam susah payah." (Al-Balad:
4)




"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari setitis mani yang
bercampur yang Kami hendak mengujinya..." (Al-Insaan: 2)




"...supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling
baik amalnya..." (Al-Mulk: 2)

Namun demikian, hal ini tidaklah beerti anda harus tenggelam dalam
kesedihan. Usahakanlah agar kesedihan, kecemasan dan kedukaan anda itu
dapat dikurangkan dan lebih ringan dirasakan. Adapun tempat yang tiada
kesedihan sama sekali hanyalah disyurga yang penuh dengan kenikmatan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang memperolehi nikmat di dalam syurga
berkata:

"...segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita
dari kami..." (Fathir: 34)

Ini merupakan dalil bahawa kesedihan tidak akan lenyap dari seseorang
kecuali apabila kita sudah berada disyurga kelak (Amin). Demikian juga
kebencian tidak akan lenyap kecuali setelah manusia masuk syurga.

"Dan, Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada di dalam
hati mereka..." (Al-Hijr: 47)

Maka barangsiapa mengetahui keadaan kehidupan dunia dan sifatnya,
nescaya ia akan dapat menghadapi setiap rintangan dan menyikapi
tabiatnya yang kasar dan pengecut itu. Dan kemudian, ia akan menyedari
bahawa memang demikianlah sifat dan tabiat dunia itu.




Kenikmatan dunia seperti bersumpah
bahawa dia tidak akan berkhianat
Seolah-olah dunia mengatakan
bahawa dia tidak mungkin akan binasa.




Jika benar dunia seperti yang kita gambarkan di atas, segala urusan
seperti yang telah kami sebutkan, sebaiknya kita menyaring segala
sesuatu yang ada di dunia ini agar kita tidak terpengaruh olehnya.
Dengan demikian, kita tidak menyerah terhadap dunia yang penuh dengan
kekotoran, kecemasan, kedukaan dan kesedihan. Bahkan sebaliknya, mereka
harus melawan semuanya itu dengan seluruh kekuatan yang telah Allah
kurniakan kepadanya.

"Dan, siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang
kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang
dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu..."
(Al-Anfal: 60)




"...mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa
mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada
musuh)." (Ali-Imran: 146)

RENUNGAN




Jangan bersedih, sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat
orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih
kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling
anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit,
betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah
bertahun-tahun terbaring di atas katil. Jangan bersedih kerana anda
kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah
kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.




Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah,
para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha' serta
qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang
mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran
kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha'
dan qadar.




Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat;
sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan
sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu.
Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu
rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan
taubat yang anda lakukan pasti diterima.




Jangan bersedih, kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang
menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda
mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).




Seorang penyair berkata:




Terkadang bencana
membuat sesak dada seorang pemuda
sedang hanya Allah yang Memiliki jalan keluar Setiap peristiwa terasa
berperanan dalam menyesakkan dadanya Sehingga ia mengira tidak ada jalan
keluar dari bencana itu...


p/s: alhmadllh kerana anda membaca dgn sabar.. kucen
Back to top Go down
 
kebahagian itu mudah diraih
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Keagamaan-
Jump to: