Meningtis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf
tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga
bakteria.
Bakteria yang menyebabkan penyakit ini
dikenali sebagai Neisseria meningitidis yang terdapat dalam lapisan
hidung dan tekak pembawa yang sihat dari negara-negara di mana penyakit
ini biasa berlaku. Bakteria ini merebak kepada orang persekitaran
terdekat secara langsung. Terdapat 5 jenis bakteria iaitu A, B, C, Y
dan W135.
Ini adalah jangkitan kuman bakteria
yang amat serius mengakibatkan sama ada jangkitan kuman dalam darah
(berserta dengan perubahan kulit bercirikan ruam kebiruan yang timbul
atau juga dikenali sebagai purpura) atau radang pada selaput otak.
Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
o Demam
o Kurang selesa.
o Enggan minum.
o Sakit kepala.
o Menangis berterusan.
o Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. (”High pitch cry.”)
Tanda akhir serangan Meningitis:
o Muntah.
o Sawan.
o Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
o Lemah.
o Ruam seperti lebam-lebam.
o Tidak sedar.
[source : penyakit_meningitis ]