HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» Vimax Izon Original RM220 | www.kedaikuat.com
Yesterday at 6:18 pm by notrex

» PROEXTENDER v3 rm120 WWW.KEDAIBATIN.COM
Sat Nov 26, 2016 2:53 pm by notrex

» Energy Power Pump Murah - Alat Tambah Saiz Zakar
Thu Nov 24, 2016 5:55 pm by notrex

» X-MEN VACUUM PUMP RM180 - 0133066540
Wed Nov 23, 2016 6:07 pm by notrex

» PAM ZAKAR HIGH VACUUM WWW.KEDAIBATIN.COM - RM90
Tue Nov 22, 2016 5:55 pm by notrex

» PAM ZAKAR HANDSOME UP - WWW.KEDAIBATIN.COM
Mon Nov 21, 2016 5:48 pm by notrex

» Bathmate RM180 FREE SHOWER STRAP
Sun Nov 20, 2016 3:09 pm by notrex

» VIMAX DELAY SPRAY - WWW.KEDAIBATIN.COM
Thu Nov 17, 2016 6:12 pm by notrex

»  Topman 3 Malaysia | Topman 3 Pills | RM80 0133066540
Wed Nov 16, 2016 6:51 pm by notrex

» TISU SUPER MAGIC - www.kedaibatin.com
Tue Nov 15, 2016 1:43 pm by notrex

» STUD 100 SPRAY EJAKULASI - www.kedaikuat.com
Mon Nov 14, 2016 6:38 pm by notrex

» PL SUPER GEL - www.kedaibatin.com
Sun Nov 13, 2016 2:07 pm by notrex

» PENIS SLEEVE - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 5:40 pm by notrex

» MACA MEN DELAY SPRAY RM80 - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 12:27 am by notrex

» Imax Delay Spray - www.kedaibatin.com
Wed Nov 09, 2016 5:53 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Senarai makanan & hikmahnya dalam Islam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ilhamhainy
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)


Female
Posts : 89
Age : 41
Location : seremban
Status : married
Joined : 2009-03-26

PostSubject: Senarai makanan & hikmahnya dalam Islam   Mon May 11, 2009 12:51 pm

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum
yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan
sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila
memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut.
Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah
bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan
manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas
dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega
khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.
Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang
menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan
bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah
dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah
hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk
merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk
menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan
penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan,
serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging
ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit
kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah
ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk
dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi
Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin:
bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta
dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan
kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan
putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi
s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah
yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau
tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut
yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam
menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan
hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat
telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila
kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'Endive' (hindiba)
Khasiat
hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi.
Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana
sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke
atas hindiba'.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda
'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan
membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran
haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin
kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata
ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah
buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan
penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air
tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan
lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang
putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga
dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka
janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama
kami.'

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak
lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu
dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia
disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala
yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman
yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan
memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada
inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan,
menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan
cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.
Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di
Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu
lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah
madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di
dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya
dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan
meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu
setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan,
minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang
dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas
(summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang
mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit
kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada
hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun
ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit
gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak
memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging
mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging
selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan
orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga
tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging
secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya
bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging
kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi
haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda
sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda,
keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga
melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging
binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Back to top Go down
View user profile http://www.ilhamhainy.blogspot.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: Senarai makanan & hikmahnya dalam Islam   Wed May 13, 2009 3:47 pm

nice info.

hulbah tu ape ea?

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
ilhamhainy
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)


Female
Posts : 89
Age : 41
Location : seremban
Status : married
Joined : 2009-03-26

PostSubject: Re: Senarai makanan & hikmahnya dalam Islam   Thu May 14, 2009 12:49 pm

hulbah tu dr apa yg saya faham adalh merangkumi kesemua mkanan diatas.wallahua'lam.
Back to top Go down
View user profile http://www.ilhamhainy.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Senarai makanan & hikmahnya dalam Islam   Today at 8:29 am

Back to top Go down
 
Senarai makanan & hikmahnya dalam Islam
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Promotion of Islam?
» GURU LIED TO MEGHA
» what Some Muslim Phrases used in Qubool Hai means
» Do You think George Clooney and Amal Almuddin are an Item?
» Jodha Akbar Written Update 4th November 2013

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Keagamaan-
Jump to: