Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong
kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki
dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu
api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan
anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah
si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu
api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat
menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua
seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api.
Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur
seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.... .
Tiba-tiba...
genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari
tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si
tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun
mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatila
h pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu
turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan
nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah
dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan.. ..lalu diceritakan apa
yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau
yang tenggelam".. . lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke
dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari
sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih
jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba
memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si
pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak
jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si
pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu
menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang
uzur.
Maka
apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si
tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira.
Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang
berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Selepas
kejadian tersebut.... . selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan
isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama
kehutan mencari kayu api...
Namun begitu, pada suatu hari di
musim tengkujuh... .. turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu...
Dalam perjalanan.. .. si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan
hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan
isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.
Lalu
bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka
diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa
berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...
Selang
bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza
dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?... " Lantas si
tua tersebut mengakuinya. ." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."
Mendengarkan
pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari...
"Pembohong.. .. ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si
pari-pari berkata lalu si tua mencelah.
"Sabar...sabar. ...
ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat
demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. "Hamba
khuatir jika hamba tidak mengakuinya. .maka tuan hamba akan terjun
semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan
Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu
memiliki kesemua mereka ini....."