HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Minyak masak sebagai minyak pelincir

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Fri Apr 24, 2009 4:28 pm

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda? Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya. "Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhuenjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk. Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata:

"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka. "Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam.

Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
jay
DYMM Sultan Teratak
DYMM Sultan Teratak
avatar

Male
Posts : 721
Age : 38
Location : dekat jer
Status : sgsgsd
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Fri Apr 24, 2009 5:35 pm

pehhhh nie dah kira suatu penemuan yang sangat memberangsangkan.... so apa lagi moh ler kita tukar ker minyak masak jer....
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Fri Apr 24, 2009 8:51 pm

aku nak guna minyak seri murni...

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Mon Apr 27, 2009 12:11 pm

mak aiii.. bernas jugak idea diorang ni.. kalau minyak masak mau aku tukar minyak seminggu sekali.. murahhh... hihihi..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
apai_chey
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
avatar

Male
Posts : 310
Age : 34
Location : Kemamang
Status : saudagar merempat
Joined : 2008-11-25

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Tue Apr 28, 2009 10:26 pm

abang apai penah guna minyak masak untuk ganti 2t moto dier.. baunya cam ikan goreng.. haha..

tapi kalau betul bagus utk keta boleh la apai test... betul ker x der effect haha.. nak pakai cap buruh ar..
Back to top Go down
View user profile http://busanaisyah.blogstarz.my
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Wed Apr 29, 2009 10:00 am

seri murni bagus tu.. pemeringkatan dua kali.. hihihi

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
shyeye
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
avatar

Female
Posts : 292
Age : 37
Location : Shah Alam
Joined : 2008-04-02

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Wed Apr 29, 2009 10:32 pm

minyak pelincir kereta rupanya...hmmmm
Back to top Go down
View user profile
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Thu Apr 30, 2009 10:47 pm

abistu nak melincirkan apanya puan as wehhh.. isk.. smile

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
avatar

Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Fri May 15, 2009 10:45 am

ada sesaper yg dah TRY TEST???
inform la kat sini....

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
apai_chey
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
avatar

Male
Posts : 310
Age : 34
Location : Kemamang
Status : saudagar merempat
Joined : 2008-11-25

PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   Fri May 15, 2009 5:08 pm

k.bayu dulu lah test.. nanti bagitau result kat apai.. haha
Back to top Go down
View user profile http://busanaisyah.blogstarz.my
Sponsored content




PostSubject: Re: Minyak masak sebagai minyak pelincir   

Back to top Go down
 
Minyak masak sebagai minyak pelincir
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum III :: Teratak Kereta Motor-
Jump to: