Posts : 721 Age : 44 Location : dekat jer Status : sgsgsd Joined : 2008-03-28
Subject: Serang ala ninja Thu Apr 23, 2009 2:17 pm
Serang ala ninja
PETALING JAYA: Dua remaja lelaki bertindak kejam apabila sanggup menetak seorang suri rumah selepas merampas rantai emasnya yang dihadiahkan ibu mentua di Jalan Kiara, Bandar Seri Damansara di sini.
Lebih ganas lagi, penjenayah terbabit yang menunggang motosikal menyerang mangsa di depan dua anaknya berusia 11 dan lapan tahun.
Dalam kejadian jam 2.45 petang Isnin lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ema, 37, didatangi dua remaja menunggang motosikal ketika dia bersama dua anaknya itu bersembang dengan seorang jiran di hadapan kediamannya.
Katanya, seorang daripada dua remaja berkenaan tiba-tiba mengacukan sebilah parang panjang yang disembunyikan di belakang badan.
“Jiran saya itu yang terperanjat sempat melarikan diri sejurus melihat mereka mengeluarkan senjata. Anak saya turut menjerit kerana ketakutan.
“Remaja itu kemudian mengugut saya menyerahkan rantai pusaka yang dipakai,” katanya.
Bimbang dia dan anaknya dicederakan, Ema terpaksa menyerahkan rantai berkenaan kepada remaja terbabit.
“Suami saya yang ketika itu sedang berehat di rumah segera keluar apabila terdengar jeritan anak kami yang ketakutan,” katanya.
Suaminya kemudian cuba menenangkan penjenayah terbabit supaya tidak bertindak mencederakan isteri dan anaknya.
Namun, remaja yang memegang parang berkenaan bertindak luar jangkaan apabila menghayunkannya ke arah suami saya.
“Saya dan suami cuba mengelak tapi dalam keadaan panik, parang terbabit terkena lengan kanan saya. Melihat saya cedera, remaja itu melarikan diri,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan lengan kanan mangsa luka parah dan darah tidak henti-henti mengalir hingga menyebabkan Ema hampir pitam.
Dia dihantar ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kecemasan bagi memberhentikan pendarahan luka berkenaan.
Suami mangsa dikenali sebagai Zul, 40, berkata luka tetakan sepanjang sembilan sentimeter itu turut menyebabkan urat tangan Ema putus.
Menurutnya, kesan kecederaan parah itu mengakibatkan tiga jari kanan isterinya itu tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Zul turut mendakwa, sejak awal tahun ini, tiga kejadian sama dilaporkan berlaku di kawasan kediamannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian samun berkenaan.
Menurutnya, polis sedang berusaha menjejaki penjenayah yang dipercayai kerap melakukan jenayah di kawasan itu.
Difahamkan, dua suspek terbabit menggunakan topi keledar yang menutup seluruh muka untuk mengelakkan daripada dikenali mangsa ketika menyamun.
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
kalau buku da kena makandek anai2, bagi ruas je laaaa.. ruas bertemu ruas.. hihihi
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 40 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Serang ala ninja Thu Jun 18, 2009 12:38 pm
ayoyo, kes ragut makin menjadi2 la skrg ni. aishhhh.
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Serang ala ninja Thu Jun 18, 2009 12:45 pm
skang ni byk mangsa ragut yg terbunuh.. kesian je.. mangsanya pompuan2 yg naik moto, suri rumah...bape sgt la yg ada dlm henbeg tuh nak di bandingkan ngan nyawa..
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 40 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
Subject: Re: Serang ala ninja Thu Jun 18, 2009 12:52 pm
tu la psal. yg pengnent pun ado gak yg kene. kat kg ain, nenek2 yg jd mangse. aishh, nk senang dgn cara mudah. sbb tu la depa meragut.
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Serang ala ninja Thu Jun 18, 2009 12:57 pm
selalunya mat2 gian nih..terdesak nak cari duit..
notme Bendahara
Posts : 1746 Age : 42 Location : JB Status : single not available Joined : 2008-03-31
Subject: Re: Serang ala ninja Thu Jun 18, 2009 4:24 pm
dorg neh suka2 ati je ragut nyawa org,... x ke terpikir kalo kena batang idong sendiri..? ke mmg dorg xda prasaan takot...?
jay DYMM Sultan Teratak
Posts : 721 Age : 44 Location : dekat jer Status : sgsgsd Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Serang ala ninja Thu Jun 18, 2009 5:42 pm
bila dadah dah menguasai minda mana boleh pk secara waras mimi....