Seorang
murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta
untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya.
Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini.
Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih.
Kadang-kadang sesi "Bahasa Inggeris" yang aku ajarkan bagaikan tidak
mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini
dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba
kubantu sedaya mungkin.
Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air
matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan
mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat
dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:
"Ayah
saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana
kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana
di dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan
untuk bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada
ayah untuk "dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira
bila "dia" ada bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami
masih terlalu teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.
Keadaan
telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia". Walaupun
pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun akhirnya
ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu ayah tidak
memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga.
Hubungan
ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus
mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti
semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!
Pada
bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayah
sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi
semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau. Ayah
sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya
untuk bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi
hari kami lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat
tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali
juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak
berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu
berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan
kini ayah semakin teruk.
Siang, malam, pagi, petang....ayah
lebih meluangkan masa untuk bersama dengan "dia". Saya tidak mahu
digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya
cikgu..."
Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya,
"sabar, setiap orang ada masalah masing-masing...". Aku terus memeluk
Liliana.
"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya terpaksa lakukannya...."
"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut. "Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia".
Saya telah mendail 1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""
"Siapa dia tu?", aku binggung...
"Astro!"
Aku: ???????
Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk family/isteri/suami/anak-anak/kkawan tiada kerananya!
Kah kah kah lu kena beb!
----------------------------------------
Semoga hari anda juga ceria!