Kisah BENARPeristiwa ini berlaku kira-kira beberapa bulan yang lalu. Rinda (bukan nama sebenar) amat kecewa kerana hubungan cintanya dengan Fahrun (bukan nama sebenar) menjadi bualan hangat dan dia sering dipersalahkan oleh masyarakat.
Dan kesan dari perpisahan ini telah mematikan anganannya untuk menyertai rancangan realiti
Sehati Berdansa yang dikhaskan untuk selebriti yang telah berkahwin untuk menyertai pertandingan tarian bersama pasangan masing-masing.
Setelah amat kecewa dengan apa yang berlaku dan kerana dia tidak lagi berpeluang menyertai rancangan itu sebagai peserta, Rinda mengambil keputusan membawa diri kedalam sebuah hutan untuk mengubat hatinya yang lara.
Setiap hari Rinda akan menari bersendirian sambil mengikut liuk lentuk pohon-pohon kecil yang di tiup angin. Dia menari dengan riangnya di temani unggas-unggas hutan dan pepohonan renek yang turut sama 'menari' dengannya. Rinda sudah dapat melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya. Dia kini bahagia di dalam hutan tersebut.
Gambar di bawah di ambil oleh seorang jurufoto Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.