Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa
kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir
terasa hendak buang air besar.
Oleh kerana tiada sesiapa bersama
mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta
sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat
ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.
"Hmmm...
baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung
lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun
pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak
Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak
Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia
mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".
Mak Andeh pun menurut
kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu,
kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita
ni penuh bulu satu badan?"
Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak
hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina
mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah
seperti muka anak kita!"