| Isteri naik hantu! | |
|
+7ummi_miirul hziemah apai_chey zoulle bayu_pagi mehatespink zam 11 posters |
Author | Message |
---|
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 10:58 am | |
| KUALA LUMPUR: 24 Feb 2009 - Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.
Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.
Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol. Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.
John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.
Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.
“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.
“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.
Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.
Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.
Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.
“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.
“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.
Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.
“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.
Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.
“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.
Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.
“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.
“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.
John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.
“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.
Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.
Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.
“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.
Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya. Harian Metro | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 40 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 11:20 am | |
| uishh, hebat btol la istri tu.. da tbalik lak.. slalu lelaki yg ganeh camtu. | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 11:21 am | |
| kalau jadi camni..ada ke tempat laki nak mengadu nasib? hehe.. kalau isteri ada kan.. | |
|
| |
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 11:24 am | |
| isteri dia nie mmg ahli gusti la kottt heheheh | |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 11:30 am | |
| wahahahaha.. brutal tulll... cian le encik john tu.. sib baik kat wangsa maju kes ni.. kalau kat bandar sunway nak je aku check parut kat badan ko zam mana le tau kot2 ko menyamar jadi john ke.. hihihi.. ampunnn... | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 11:31 am | |
| isteri aku lembut orgnya.. belum pernah naik hantu lg..hehe | |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 12:01 pm | |
| ko try le g karaoke sampai lewat2 mlm pastu pinjam duit ngan along mcm john tu tengok wife ko naik hantu ke tak.. hihihi | |
|
| |
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 12:04 pm | |
| jumpa je tok dali..mintak hantu sekor pastu suh isteri aku naik..hehe | |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 1:23 pm | |
| tu bahaya gak zam.. naik je lori hantu kan senang... | |
|
| |
apai_chey Darjah Setia Di Raja
Posts : 310 Age : 41 Location : Kemamang Status : saudagar merempat Joined : 2008-11-25
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Feb 25, 2009 2:36 pm | |
| ish korang apa lak main2 ngan hantu,,... x cian ke kat john tuh... nama brutal tapi kena belasah dek bini | |
|
| |
hziemah Temenggung
Posts : 654 Age : 43 Location : Putrajaya Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Thu Feb 26, 2009 3:57 pm | |
| | |
|
| |
ummi_miirul Temenggung
Posts : 701 Age : 45 Location : KL Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Fri Mar 27, 2009 2:20 pm | |
| huuuee.. awat x lapokan kat talian Nur jekr... tapi jarang ada kes suamid i dera isteri.. huueee.. ganas.. ganas....
yaaiitt!! | |
|
| |
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Mon Mar 30, 2009 10:50 am | |
| dera yg berpada2 n kena pada tempatnya takpe le.. syok sket.. hihihi | |
|
| |
Cik Markonah Temenggung
Posts : 577 Age : 37 Location : ::Moncehster:: Status : ::Gila2 Remaja:: Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Tue Apr 21, 2009 9:29 am | |
| gile ganas bini die neh.. sebaik tak di smekdownnye laki die... huhuhu | |
|
| |
walidshauqi Rakyat Jelata
Posts : 9 Age : 44 Location : kuantan Status : married Joined : 2009-04-23
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Tue May 19, 2009 11:04 am | |
| peh ganazzz tuh ni bukan stakat antu rasuk dia dah ni .... ni dia yg rasuk antu...wah bahaya2... takussssss.... | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Mon Jun 22, 2009 3:51 pm | |
| hehehehhe baru petama kali dengar citer isteri belasah suami ... ganas sungguh ... sian kat suami dia .... hehehheheh | |
|
| |
qaidah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 228 Age : 41 Location : senawang Status : maried Joined : 2009-06-22
| Subject: Re: Isteri naik hantu! Wed Sep 02, 2009 11:57 pm | |
| lain kali nak kawin selidik la...jgn kawin ngan peninju | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Isteri naik hantu! | |
| |
|
| |
| Isteri naik hantu! | |
|