zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: PM terperangkap dalam lif Fri Feb 13, 2009 4:27 pm | |
| PM terperangkap dalam lif | | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Turut terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.
Ekoran itu, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas beliau merasmikan majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di pusat tersebut.
Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.
Menurut sumber, majlis tersebut sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.
Menurutnya, beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.
"Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut," katanya.
Bagaimanapun, katanya, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut. Sementara itu, difahamkan seorang pembantu perdana menteri telah meminta wakil-wakil media supaya tidak melapor atau menyiarkan gambar insiden tersebut.
Sumber itu berkata ketua pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut. | Sumber : Malaysiakini | |
|
apai_chey Darjah Setia Di Raja
Posts : 310 Age : 40 Location : Kemamang Status : saudagar merempat Joined : 2008-11-25
| Subject: Re: PM terperangkap dalam lif Fri Feb 13, 2009 4:36 pm | |
| abistuh camner lak bleh kuar kat sini... zam nih cepat jer | |
|
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: PM terperangkap dalam lif Fri Feb 13, 2009 4:42 pm | |
| kejadian ni berlaku smlm... hari ni baru i terbaca kat malaysiakini.. diorg xbagi siarkan pasal ni nih..mana ada dlm paper biasa kan?? paklah malu.. pemalu betul paklah ni.. | |
|
Spawn Temenggung
Posts : 551 Age : 39 Location : Pasir Gudang Status : 'Hilang Secara Misteri' Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: PM terperangkap dalam lif Fri Feb 13, 2009 5:18 pm | |
| ade masuk bite la.Huhuhuhuhuh | |
|
apai_chey Darjah Setia Di Raja
Posts : 310 Age : 40 Location : Kemamang Status : saudagar merempat Joined : 2008-11-25
| Subject: Re: PM terperangkap dalam lif Fri Feb 13, 2009 6:01 pm | |
| pemalu gak upanya.. ala normal lah pkara camtu... | |
|
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| Subject: Re: PM terperangkap dalam lif Mon Feb 16, 2009 8:23 am | |
| lerrrrrrrrrrrrrrr...terperangkap dalam lif apa haaalll...ahaks | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: PM terperangkap dalam lif | |
| |
|