HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 LAMAN CEPAT LOADING

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak
avatar

Female
Posts : 1681
Age : 41
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: LAMAN CEPAT LOADING   Thu Jan 22, 2009 11:39 am

Jika anda ke pejabat pos untuk sesuatu urusan, berapa lamakah anda sanggup tunggu sehingga tiba giliran anda? Jika anda memesan makanan di kedai santap, berapa lamakah anda akan tunggu sehingga makanan yang anda pesan sampai ke
meja anda?.. setiap orang pastinya mempunyai jawapan yang berlainan, ada yang sanggup tunggu sehinga 1 jam, ada yang 30 minit, 15minit, 5 minit, dan ada juga yang tidak sanggup menunggu walaupun 1 minit, semuanya bergantung kepada tahap kesabaran sesorang serta situasi pada masa itu. Manalah tahukan masa tu tengah sakit perut, mana boleh tunggu lama-lama. Betul tak? He! He!..

Walau apa pun, tahukah anda? Berapa lamakah seseorang pelawat sanggup tunggu untuk membuka sesuatu website? Biar saya berikan jawapannya, mengikut kajian yang dilakukan, secara puratanya, seseorang pelawat, sanggup menunggu untuk sesuatu laman web yang dilayarinya untuk dibuka hanyalah selama….. 15 saat. Ya!, hanya 15 saat sebelum mereka menutup pelayar laman web atau klik untuk pergike halaman web yang lain.

Jadi, bagaimana dengan website anda? Berapa lamakah masa yang
diperlukan untuk seseorang membuka website anda? Sudah pastinya anda
tidak mahu kehilangan pelawat semata-mata disebabkan halaman web
anda mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuka. Jesteru itu,
pada kali ini, saya akan memberikan anda beberapa tips, bagaimana
anda boleh membuatkan halaman web anda dibuka dengan pantas.

Ops, sebelum itu, untuk mengetahui serta mengukur masa yang
diperlukan untuk seseorang membuka website anda. Anda bolehlah
menggunakan satu alat yang dikenali sebagai “HTML Toolbox” yang
disediakan oleh netmechanic.com. Url yg tepat ialah http://netmechanic.com/toolbox/html-code.htm


Baiklah, berikut adalah tips-tips bagaimana menjadikan website anda
lebih mudah dibuka oleh pelawat.

Tips 1: Optimumkan penggunaan gambar.
Seringkali kita mendengar orang berkata, “Jika anda mahu halaman web
anda dibuka dengan cepat, kurangkan penggunaan gambar!.” Kenyataan
ini sebenarnya kurang tepat, pernyataan yang lebih tepat sebenarnya
adalah “OPTIMUN” bukannya “KURANGKAN”… Optimun yang saya maksudkan
disini ialah…


• Kecilkan saiz gambar anda. Ramai orang yang sengaja “buat-buat”
pelik, mereka mengatakan website mereka hanya menggunakan satu
gambar sahaja, tetapi mengapa website mereka masih lambat untuk
dibuka? Apabila dilihat, memang benar mereka menggunakan satu gambar
sahaja, tetapi gambar tersebut sungguh besar sekali sehingga
memenuhi keseluruhan website mereka. Dan kebiasaannya, gambar yang
besar ini adalah gambar yang digunakan sebagai latar belakang
website mereka.

• Elakkan gambar animasi. Gambar-gambar animasi seperti katak
melompat, Rama-rama terbang ke kiri dan ke kanan seelok-eloknya
dielakkan, ini kerana gambar tersebut hanya menjadikan website anda
lebih sukar dibuka dan menjengkelkan. Penggunaan gambar tersebut
mungkin anda boleh pertimbangkan jika website anda adalah khusus
untuk mengajar teknik-teknik melompat seekor katak kepada
pelajar-pelajar sekolah tadika.


• Gunakan format gambar yang sesuai. Secara umumnya, format gambar
yang paling popular digunakan di dalam sesuatu website adalah format
jpeg dan juga gif. Tetapi, ramai yang keliru, format manakah yang
lebih kecil di antara dua format tersebut. Kadangkala dilihat format
gif lebih kecil saiznya berbanding jpeg, tetapi kadangkala adalah
sebaliknya. Sebenarnya, format gif, adalah lebih sesuai untuk
gambar-gambar yang berukuran kecil seperti gambar butang atau ikon.
Manakala format jpeg adalah lebih sesuai untuk gambar-gambar “real
photo” seperti gambar pemandangan, gambar orang menunjukkan tanda
bagus ataupun gambar awek jiran sebelah sepupu ibu saudara anda yang
sedang menjual kuih di pasar ramadhan. Hu! hu!

• Gunakan fail gambar yang sama. Diulangi, “FAIL GAMBAR” yang sama,
bukannya “GAMBAR” yang sama. Anda mungkin boleh menggunakan fail
gambar yang sama berulang-ulang, gambar seperti butang dan ikon
diwebsite anda mungkin boleh menggunakan fail gambar yang sama. Ini
kerana, komputer pelawat hanya perlu memuatturun satu fail gambar
sahaja bagi melihat beberapa gambar yang sama di website anda jika
anda menggunakan fail gambar yang sama. Tetapi jika sebaliknya,
website anda akan menjadi lambat kerana komputer pelawat terpaksa
memuatturun kesemua fail gambar yang digunakan didalam website anda
walaupun sebenarnya beberapa gambar yang digunakan diwebsite anda
adalah gambar yang sama.

Tips 2 : Elakkan lagu.
Sesuatu yang anda perlu sedari, “sedap” atau “enak” adalah sesuatu
yang subjektif. Oleh itu, lagu yang anda rasakan “sedap” pada
telinga anda, belum tentunya “sedap” di telinga orang lain. Oleh itu,
elakkan penggunaan lagu latar belakang di website anda, selain ia
boleh menjadikan laman web anda sukar dibuka, ia juga boleh
menyebabkan website anda ditutup dengan serta merta oleh pelawat
kerana terkejut dengan lagu yang men“jengkel”kan yang terdapat di
website anda. Opss!! Lagu yang “ssseeeedaapp” …. Kononnya laaa…

Tips 3 : Elakkan penggunaan bingkai “frame”
Penggunaan bingkai juga boleh menyebabkan sesuatu website lambat
untuk dibuka. Ini kerana, apabila anda menggunakan bingkai,
pelawatbukan membuka satu page sahaja apabila melayari website anda,
tetapi tiga atau lebih mukasurat dalam masa yang serentak. Ini
kerana,bingkai sebelah kanan akan menggunakan satu muka surat ,
bingkai sebelah kiri pula satu lagi mukasurat dan satu lagi
mukasurat bagikeseluruhan bingkai tersebut. Oleh itu, elakkan
penggunaan bingkai seboleh mungkin.


Tips 4 :CSS
Satu lagi cara yang boleh menjadikan website anda dibuka dengan
cepat adalah dengan menggunakan CSS (Cascading Style Sheet). CSSini
adalah merupakan satu bahasa pengaturcaraan web kategori “client
side scripting”. Oh!... saya dah nampak anda sudah mula berkerutdahi.
Takperla.. saya pun tidak berniat untuk bercerita panjang mengenai
CSS ini, kalau nak cerita juga, saya memerlukan satu topik lain
yangkhas mengenainya, mungkin di waktu yang lain. Sebenarnya, saya
hanya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa ada satu teknikberkesan
yang boleh mempercepatkan proses membuka laman web anda yang
dipanggil CSS. Mungkin anda boleh mencari lebih lanjutmengenainya di
internet.

_________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
Yang Solehah."

"MAMA NABILAH"

Amin
Back to top Go down
View user profile
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak
avatar

Female
Posts : 1681
Age : 41
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: Re: LAMAN CEPAT LOADING   Thu Jan 22, 2009 11:43 am

ALAMAK KECIKNYA...MALAS NAK EDIT COPY PASTE...
HUHU...KALO RAJIN BACA KALO MALAS ABAIKAN... Smile

_________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
Yang Solehah."

"MAMA NABILAH"

Amin
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 29
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: LAMAN CEPAT LOADING   Thu Jan 22, 2009 11:46 am

dah edit dah..

cepatla cite pasal CSS lak kak da..tak sabar nie..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 37
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: LAMAN CEPAT LOADING   Thu Jan 22, 2009 11:52 am

penggunaan gadjet2 yg manyak da ternyata mengjengkelkan.. hihihihi... sesilap terus kena block.. Razz

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 29
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: LAMAN CEPAT LOADING   Thu Jan 22, 2009 12:04 pm

gagdet yg tak melibatkan flash player x membebankan..hehe
blog yg ada byk gadget mmg berat..byk banner bertambah berat..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
notme
Bendahara
Bendahara
avatar

Female
Posts : 1746
Age : 35
Location : JB
Status : single not available
Joined : 2008-03-31

PostSubject: Re: LAMAN CEPAT LOADING   Thu Jan 22, 2009 2:18 pm

kita nk bukak website org..tp bila bukak, loading tak abih... trus stop cemtu je, tp tgk bar stil processing, cuma line ijau tu x jln.. (waiting respon)
berkurun tggu x loading abis gak... cemana ek?

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cyberminishop.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: LAMAN CEPAT LOADING   

Back to top Go down
 
LAMAN CEPAT LOADING
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dynavector 10x5 loading question
» Loading Ramps
» [Skit's Tut's] How to fix "Loading Server Error" on YGOPRO
» Less laggy website
» ST-120 and Heat question

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum II :: Teratak IT dan Teknologi-
Jump to: