Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Mutiara Kata Sat Apr 19, 2008 11:23 am
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
silalah tambah lagi..
zulsa Temenggung
Posts : 595 Age : 46 Location : szbap Status : three in the row Joined : 2008-04-16
Subject: Re: Kata² Motivasi Sat Apr 19, 2008 12:24 pm
Tumpang tanya.. apa tujuan kita menulis mutiara kata nie ? Just nak buat koleksi ke?
saya bagi satu....
Belajar tak semestinya mendidik... mendidik tak semestinya berilmu.. berilmu tak semestinya memberi manfaat.
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
Subject: Re: Kata² Motivasi Mon Apr 21, 2008 9:44 am
untuk berkongsi2...mana tau dgn baca mutiara kata ni akan mempertingkatkan motivasi diri kita..
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
Subject: Re: Kata² Motivasi Mon Apr 21, 2008 11:33 am
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 40 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
dont focus on wat u've lost, but wat remains, dont focus on de pain, but on how de pain is shaping ur character, and lastly dont focus on de failure, but on de great lessons learned..
tq.
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
* Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
* Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
* Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
* Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
* Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.
zulsa Temenggung
Posts : 595 Age : 46 Location : szbap Status : three in the row Joined : 2008-04-16
Subject: Re: Kata² Motivasi Tue Apr 29, 2008 11:53 am
Jika engkau disakiti oleh seseorang maka ingatlah takdir, keutamaan maaf, ganjaran sikap lembut dan pahala kesabaran. Orang itu telah melakukan kezaliman semetara dirimu adalah korban kezaliman. Dengan demikan, engkau sesungguhnya lebih beruntung darinya.
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
Subject: Re: Kata² Motivasi Tue Apr 29, 2008 11:55 am
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
zulsa Temenggung
Posts : 595 Age : 46 Location : szbap Status : three in the row Joined : 2008-04-16
Subject: Re: Kata² Motivasi Tue Apr 29, 2008 11:59 am
Ketamakan adalah hina, sikap rakus sangat tercela, kebakhilan mendatangkan petaka, kesombangan bererti kegagalan, sementara sifat pelupa adalah penghalang ( keberuntungan).
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
Tiga kawan yang harus dimiliki : kegembiraan, ketenangan, dan semangat yg tinggi.
Tiga kawan yang harus engkau jauhi : iaitu sifat pesimis, bimbang dan putus asa
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
Subject: Re: Kata² Motivasi Tue Jun 03, 2008 5:29 pm
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
sHaFiZa Temenggung
Posts : 709 Age : 45 Location : Putrajaya Status : Its complicated Joined : 2008-03-31
Subject: Kata² Motivasi Tue Jun 17, 2008 12:37 pm
Tujuan yang besar memberikan hasil yang besar. Tidak ada tujuan tidak ada hasil apapun, atau menghasilkan tujuan orang lain.
Letakkan masa depan Anda di tangan yang tepat - tangan Anda sendiri
Untuk setiap menit kemarahan, Anda kehilangan 60 detik kebahagiaan.
Sukses adalah mendapatkan apa yang Anda inginkan. Bahagia adalah menginginkan apa yang Anda dapatkan.
Anda harus menang dalam pikiran Anda sebelum menang dalam kehidupan Anda.
:k:
RfZ Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 111 Age : 40 Location : Selangor Status : Single Joined : 2008-06-17
Subject: Re: Kata² Motivasi Wed Jun 18, 2008 8:21 am
Emm tul tu Fiza..... Niat yg baik,pemikiran yg baik, dan diterjemahkan dlm tingkah laku yg baik........Insyaallah, akan membuahkan hasil yg baik.
Bak kata Dafi AF, "Baaaik punyeeeer"
Yeop007 Darjah Setia Di Raja
Posts : 107 Age : 53 Location : Gombak Status : Tokeh DVD Joined : 2008-08-26
Subject: Re: Kata² Motivasi Sun Sep 14, 2008 3:55 am
Anda Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya...
" Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang menang tidak akan berhenti".
Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, "Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan." Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah al-Insyirah, dimana Allah menyebut, "Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan."
Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin anda berasa bahawa anda adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa, dan tidak mungkin anda boleh berubah.
Nanti dulu!!...Jangan fikir anda seorang yang gagal, kerana ia akan hanya memudaratkan diri anda.
"Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti." Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!!
Petikan kata-kata: Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
ummi_miirul Temenggung
Posts : 701 Age : 45 Location : KL Joined : 2008-03-31
Subject: Re: Kata² Motivasi Mon Mar 30, 2009 11:26 am
Hari ni lam segment motivasi bersama Dr. HM Tuah menekan tentang ketawa.... ketawa mampu melegakan kita.. ketawa mampu menghilangkan stress kita.. ketawa juga adalah senaman.. ia sama seperti kita jongging atau berjalan... tapi jangan pula kita ketawa tanpa henti...
sama juga seperti senyum.. senyum adalah penawar segala kedukaan....