HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak


Female
Posts : 1681
Age : 40
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan   Tue Jan 20, 2009 10:53 am

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada
umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh
ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya
demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya
sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci
jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-
buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap
pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar
serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk
dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan
yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan
mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka
bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi
untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang
lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya
masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala
bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang
lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi
dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.
Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia
adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31


Dia
adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.
Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan
kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia
bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman
kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana
yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan
khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta,
dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka
bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang
mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah
dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab
itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang
paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang
yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka
berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan
wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari
dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya
yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan
cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan
mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian
bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya
paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai
situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai
perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

_________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
Yang Solehah."

"MAMA NABILAH"

Amin
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan   Tue Jan 20, 2009 10:56 am

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh
ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya
demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


saya ke ni? hehe...xbyk betul la.. xmudah perasan pun..sanggup berhabis duit kerana pasangan ke saya nih? tak pernah la..hehe..
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
gee
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja


Female
Posts : 210
Age : 44
Location : seberang tambak
Status : M3
Joined : 2008-06-23

PostSubject: Re: Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan   Tue Jan 20, 2009 1:02 pm

Quote :


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia
adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya
. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

wow bro...it seems right to me, dats u bro *see highlighted



7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31


Dia
adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.
Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan
kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

1st part tu betul, i'm open & tak suka nak pendam2 - suka berterus terang...
yg lain tu mcm...tidak je....
Back to top Go down
View user profile http://tinyurl.com/geehmn
ummi_miirul
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 701
Age : 37
Location : KL
Joined : 2008-03-31

PostSubject: Re: Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan   Mon Mar 30, 2009 11:32 am

roll_honey wrote:


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

wow... hati2 lah ek.. hehehe... kalau nak mencapai pada tahap kejahatan tuh. mungkin lambat skit kot.. tapi.. kalau kesabaran mmg betul2 dah teruji... n sampai tahap gaban... sorry to say lah... 1 kali kejahatan itu akan di balas dengan 1000 kali... tapi ianya bergantung gak.. huueee...

orang selalu ingatkan kawan2 kat opis.. termasuk pegawai aarr.. orang x berkira.. tapi kalau orang lain start berkira ngan orang.. mmg parah lah... 1000 kali orang akan berkira.. x kira ler dorang nak kata per lepas tuh... n jangan sesekali amik kesempatan atas kebaikan yang diberi.. jeng.. jeng. jeng..

yaaaiitt!!

_________________
~Alwayz be My baby...~
Back to top Go down
View user profile http://chyralis.multiply.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan   Today at 9:57 am

Back to top Go down
 
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum II :: Teratak Personaliti & Motivasi-
Jump to: