Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcap8%Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcap19%Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcap50%Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcap22%Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
zoulle
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
mehatespink
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
nina2519
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
bayu_pagi
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
notme
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
roll_honey
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
notrex
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
irees_natasha
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
jay
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_lcapRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_voting_barRita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 22 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 22 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan

Go down 
5 posters
AuthorMessage
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeThu Dec 18, 2008 2:53 pm

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, sah bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, di Songkhla, Thailand pada pertengahan Februari lalu.

Bapa pemain bola sepak itu, Abdul Radzak Salleh, 59, berkata, Aidil Zafuan mengesahkan berita tersebut melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, dua hari lepas.

‘‘Di sini, saya mahu mengesahkan anak lelaki saya sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita yang digempar-gemburkan sebelum ini adalah benar,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeThu Dec 18, 2008 2:55 pm

IBU Aidil Zafuan terkilan (UPDATE)

SEREMBAN: “Kami tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini,” kata ibu pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Azizah Arshad, 56.

Justeru, dia yang sedih dengan tindakan Mohd Aidil mengharapkan prestasi anaknya dalam bola sepak tidak terjejas kerana sudah menjadi periuk nasinya dan keluarga.

Azizah bagaimanapun menyifatkan perkahwinan itu sebagai takdir kerana rezeki serta jodoh seseorang adalah ketentuan Tuhan.

Apapun, dia kesal dengan perbuatan mereka mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan, malah sanggup menjalankan pernikahan di selatan Thailand.

“Suka tak suka terpaksa terima kerana itu pilihan yang sudah dia buat walaupun dalam hati kami hanya Tuhan yang tahu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.




Azizah bersama suami, Abd Radzak Saleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulung mereka, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat dekat sini.

Hadir sama anak mereka, Mohd Zafran, 34, dan adik kembar Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, 21.

Mohd Aidil melangsungkan pernikahan dengan Rita Rudaini di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya, termasuk Mohd Zaquan Adha yang sering bersamanya dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan.

Tindakan mereka menyembunyikan pernikahan itu akhirnya dapat dihidu Ruziana yang akhirnya memaksa Mohd Aidil membuka mulut bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Perkara itu disahkan Abd Radzak yang mengatakan pihaknya mengetahui pernikahan mereka pada 14 Disember lalu melalui sijil nikah yang ditunjukkan Ruziana.

Mereka sekeluarga terkejut dengan perkara terbabit serta tidak menyangka sama sekali ia boleh berlaku.

Abd Radzak yang juga bekas tentera menjelaskan ahli keluarganya tidak pernah diberitahu mengenai Mohd Aidil mahu berkahwin dengan Rita Rudaini, malah perbincangan kedua-dua keluarga pihak tidak pernah diadakan.

Selain itu, Mohd Aidil sentiasa berada di rumahnya di Sikamat kerana beraksi dalam skuad bola sepak Negeri Sembilan dan sesekali mewakili negara dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Sebelum kami mendapat tahu mengenai berita pernikahan itu, Rita Rudaini ada datang ke sini pada 13 Disember untuk mendapatkan pandangan dan tidak pernah menyebut pasal kahwin.

“Tetapi kami tidak menyangka mereka berdua ketika itu sudah bernikah,” katanya yang kelihatan agak tertekan dan mengakui mengganggu kesihatannya.

Abd Radzak mengakui hubungan intim anaknya dengan artis terbabit pernah didedahkan dalam akhbar beberapa tahun lalu, tetapi sudah membuat penafian.

Dia kini menyerahkan kepada keluarga Rita Rudaini untuk tindakan lanjut, sama ada mengadakan majlis keramaian dan bagi keluarganya tiada sebarang perancangan pada masa ini.

“Kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak keluarga perempuan kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang berlaku sebagai hak peribadi pemain itu.

“Saya harap mereka berdua bahagia,” katanya yang mahu tumpuan Mohd Aidil yang juga pemain pertahanan terhadap bola sepak Negeri Sembilan tidak terjejas.





SEREMBAN: Keluarga Aidil Zafuan Abdul Razak tidak menyangka pemain bola sepak kebangsaan itu sudahpun berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini sejak Februari lalu kerana dia didapati pandai “berlakon” seperti seorang yang masih bujang.

Bapanya Abdul Razak Salleh, 59, dan ibunya, Azizah Arshat, 56, baru mendapat tahu pada Ahad lepas mengenai perkahwinan yang dijalankan di Thailand daripada seorang anak perempuan mereka.

“Tak nampak dia macam sudah sudah berkahwin. Perangai dia macam biasa, ...terkejutlah kami,” kata Abdul Razak kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeThu Dec 18, 2008 2:58 pm

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Mainpi11
ABD RAZAK (tengah) bersama Azizah dan Mohd Zaquan pada sidang media perkahwinan Mohd Aidil dengan Rita di Seremban, semalam.



Keluarga tidak pernah sisih pemain bola skuad kebangsaan

SEREMBAN: Keluarga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak hanya mengetahui dia sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini di Selatan Thailand hujung minggu lalu, selepas 10 bulan pernikahan itu.

Pemain pertahanan itu dikatakan bernikah dengan Rita pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan keluarganya termasuk kembarnya, Mohd Zaquan Adha yang sering bersama dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan. Namun perbuatan itu dapat dihidu kakak sulung mereka, Ruziana, 37.

Bapanya, Abd Razak Salleh, 59, berkata keluarganya mengetahui perkara itu melalui Ruziana selepas dia dimaklumkan sendiri oleh Mohd Aidil Zafuan, 21 tahun.

"Kami terkejut dan tidak menyangka ia berlaku. Keluarga tidak pernah diberitahu oleh Aidil yang dia hendak berkahwin dengan Rita.

"Perkara itu tidak pernah dibincangkan keluarga kedua-dua pihak," katanya pada sidang akhbar di rumah Ruziana, di Coral Heights, dekat sini, semalam.

Sidang media itu turut disertai isterinya, Azizah Arshad, 56; Ruziana, Mohd Zaquan dan seorang lagi anak mereka, Mohd Zafran, 34. Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan adalah anak bongsu keluarga berkenaan.

Abd Razak mengakui Rita pernah berkunjung ke rumah mereka di Sikamat pada 13 Disember lalu untuk mendapatkan pandangan mengenai hubungannya dengan Mohd Aidil Zafuan, tetapi tidak menyangka mereka sudah berkahwin ketika itu.

Katanya, keluarga tidak mengesyaki apa-apa kerana Mohd Aidil Zafuan berkelakuan seperti biasa sepanjang berada di rumah jika tidak menyertai sebarang kejohanan bola sepak dalam atau luar negara.

Katanya, Mohd Aidil Zafuan gagal dihubungi sejak rahsia itu terdedah, tetapi percaya anaknya berada di ibu negara.
Sementara itu, Azizah berkata, walaupun sedih dia akur dan menganggap jodoh mereka sebagai takdir

"Kami juga tak buang dia, tetapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami ketika berkahwin dengan artis itu," katanya.
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeThu Dec 18, 2008 3:17 pm

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan 12182010

KL, 18 DIS 2008: Hai, kalau ada anugerah pasangan suami isteri terbaik tahun ini, Murai Batu akan serahkan trofi itu kepada Rita Rudaini Mokhtar dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak kerana mereka benar-benar hebat!

Hebatnya kerana mutu persembahan mereka benar-benar telah mengalah semua pasangan suami isteri yang bertanding dalam Sehati Berdansa 2. Bukan dahsyat dari segi tarian, tetapi dari segi lakonan cover line yang sungguh mempesonakan!

Bayangkan, sejak berbulan-bulan lamanya atau lebih tepat lagi seperti yang dilaporkan, pada 25 Februari 2008, mereka sudah pun menjadi pasangan suami isteri kerana telah bernikah di Selatan Thailand (Songkla ke?) secara senyap-senyap. Hai, patutlah bumi Thailand bergegar sakan tahun ni...
Kepada kita semua, itulah kejutan terbaru dalam dunia hiburan dan gelanggang sukan begara menjelang makin hampir tiba ke penghujung 2008.

Apa nak dikato, ayam den dah lapeh... hakikatnya, ayah dan ibu Aidil Zafuan telah membuat sidang media di Sikamat, dekat Seremban petang semalam dengan mendedahkan bahawa Aidil Zafuan dan Rita sudah berkahwin secara sorok-sorok dan selama ini hanya berlakon di depan mata keluarga sendiri yang masing-masing kononnya masih bujang.

Dulu memang pernah kecoh sekejap Rita, si janda cantik, pernah bercinta dengan Aidil Zafuan yang usianya macam adik. Murai Batu ingat gosip itu habis begitu sahaja, rupa-rupanya dalam diam-diam mereka sudah menjadi pasangan suami isteri! Baguslah tu, untuk elakkan fitnah orang.

Yalah, hati ayah dan ibu mana yang tidak terkilan apabila impian untuk melihat anak sendiri berkahwin macam orang lain adanya merisik, bertunang, berinai, akad nikah bersaksikan sanak saudara dan juga bersanding - maklumlah si pengantin lelaki baru berusia 21 tahun, kiranya masih remaja trang tang tang.

Tapi disebabkan kuat sangat penangan kasih Rita dan hembusan asmara Aidil Zafuan, mereka berdua atas alasan tertentu, sanggup membelakangkan keluarga. Difahamkan, baru-baru ini Rita sendiri ada bertemu dengan keluarga Aidil Zafuan pada 13 Disember lalu untuk mendapat pandangan tentang hubungan mereka padahal ketika itu dan pun jadi laki bini. Hai, mujurlah lepas itu kakak si Aidil Zafuan dapat hidu dan terbarailah rahsia.

Namun Murai Batu lega kerana selepas 10 bulan, Aidil akhirnya sedia memberitahu sendiri keluarganya bahawa mereka sudah lama berkahwin dan selama ini hanya hidup dalam lakonan.

Begitulah cerita kahwin artis kita tahun ini. Ada yang kahwin sorok-sorok, ada yang nak kahwin gah-gah dan ada yang dah kahwin meriah-meriah dulu tapi akhirnya minta cerai. Dunia... dunia.....


MURAI BATU: Nak tunggu sidang media Rita dan Aidil Zafuan sendiri. Tahniahlah juga apapun..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
@>-- phantageerow85
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
@>-- phantageerow85


Female
Posts : 392
Age : 38
Location : de' johore
Status : married
Joined : 2008-04-18

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeThu Dec 18, 2008 4:47 pm

erm rasa nye mak bapa kedua dua belah pihak tak tentang ni...tp knp tawen dkt thailand, sah ke??
Back to top Go down
http://www.myspace.com
notme
Bendahara
Bendahara
notme


Female
Posts : 1746
Age : 42
Location : JB
Status : single not available
Joined : 2008-03-31

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeFri Dec 19, 2008 2:46 pm

dasat..dasat... Rolling Eyes
Back to top Go down
http://cyberminishop.blogspot.com
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
bayu_pagi


Female
Posts : 2295
Age : 45
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeFri Dec 19, 2008 2:53 pm

emm...donia donia
kawen gah bagai nak rak dikata owang
kawen sonyap2 pon dikata owang gak
hehehe...lantak kowang la eks
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
zam
Bendahara
Bendahara
zam


Male
Posts : 5644
Age : 35
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeFri Dec 19, 2008 2:55 pm

kawen tetap sah..cuma salah dari segi undang2 malaysia le... kena bayar denda je la..

tp nape nak kawen sana.. tak tahan sgt kot. xpun xde masa nak kursus kawen..hehe
Back to top Go down
http://cencuroot.blogspot.com
notme
Bendahara
Bendahara
notme


Female
Posts : 1746
Age : 42
Location : JB
Status : single not available
Joined : 2008-03-31

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeFri Dec 19, 2008 3:02 pm

tu la kan.. gaknye takot mak bapak laki tu x kasi kot..
ye la.. aidil tu muda belia lagi.. rita tu jauh lbh tua (wlupun lawa lagi)..mak jan lak tu.. x semua makbapak leh terima menantu berstatus *ibu tunggal (*aku rasa x sesuai pakai title ni kat rita sbb dia janda xda anak), apatah lg anak laki dorg tu bujang & muda sgt lagi..

pasni mesti makpak laki tu lg x suka kat rita ek.. sbb nk kawen ngn dia, anak laki dorg tergamak nk blakangkan kluarga..



**aisshhh..panjang lak ulasan aku ni.. laughing
Back to top Go down
http://cyberminishop.blogspot.com
zam
Bendahara
Bendahara
zam


Male
Posts : 5644
Age : 35
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitimeFri Dec 19, 2008 3:11 pm

cam ulasan2 kat forum cari je..haha

diorg ni xpikir panjang tuh.. mesti xngam la rita ngan mertua dia tuh..
patut malaysia asyik kalah je...sebuk bercenta rupanya..
Back to top Go down
http://cencuroot.blogspot.com
Sponsored content





Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan Empty
PostSubject: Re: Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan   Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Salam Aidil Adha
» ~Tidurlah Dengan Ku~
» Ape cite dengan UiTM
» Kek kelapa dengan coklat M&M
» Dengan siapa kamu duduk

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Santai :: Teratak Hiburan :: Teratak Artis Malaysia-
Jump to: