Cuti sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...
Bodoh gile!
Mamat seorang setiausaha peribadi yg banyak menyimpan rahsia syarikat. Pada satu hari Mamat kena kidnap oleh gangster...
"Baik ngkau bagitau semua rahsia syarikat... kalau tak aku suntik ngkau dengan virus HIV!" kata gangster sambil mengacukan alat penyuntik kat Mamat.
"Nak cucuk, cucuklah. Sampai mati pon aku takkan pecahkan rahsia syarikat" jawab Mamat.
Gangster tu pun bengang lalu dia suntik Mamat. "semoga ngkau mati kena Aids!" kata gangster tu & blah dari situ...
Mamat gelak sorang-sorang "mana boleh kena Aids... dia tak tau aku pakai kondom! hehehe..."
Berhati-hati di dalam Lif
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata,
"Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya.
Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...
Jangan Menyampuk Le!!!
Satu hari ketika dalam perj! alanan balik dari Ipoh , aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar
orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga,
"Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah! tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!