HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» MAX XTENDER - www.kedaikuat.com
Today at 6:22 pm by notrex

» Bazooka Pills 60 BIJI RM220 | www.kedaikuat.com 0133066540
Yesterday at 6:04 pm by notrex

» Vimax Izon Original RM220 | www.kedaikuat.com
Sun Dec 04, 2016 6:18 pm by notrex

» PROEXTENDER v3 rm120 WWW.KEDAIBATIN.COM
Sat Nov 26, 2016 2:53 pm by notrex

» Energy Power Pump Murah - Alat Tambah Saiz Zakar
Thu Nov 24, 2016 5:55 pm by notrex

» X-MEN VACUUM PUMP RM180 - 0133066540
Wed Nov 23, 2016 6:07 pm by notrex

» PAM ZAKAR HIGH VACUUM WWW.KEDAIBATIN.COM - RM90
Tue Nov 22, 2016 5:55 pm by notrex

» PAM ZAKAR HANDSOME UP - WWW.KEDAIBATIN.COM
Mon Nov 21, 2016 5:48 pm by notrex

» Bathmate RM180 FREE SHOWER STRAP
Sun Nov 20, 2016 3:09 pm by notrex

» VIMAX DELAY SPRAY - WWW.KEDAIBATIN.COM
Thu Nov 17, 2016 6:12 pm by notrex

»  Topman 3 Malaysia | Topman 3 Pills | RM80 0133066540
Wed Nov 16, 2016 6:51 pm by notrex

» TISU SUPER MAGIC - www.kedaibatin.com
Tue Nov 15, 2016 1:43 pm by notrex

» STUD 100 SPRAY EJAKULASI - www.kedaikuat.com
Mon Nov 14, 2016 6:38 pm by notrex

» PL SUPER GEL - www.kedaibatin.com
Sun Nov 13, 2016 2:07 pm by notrex

» PENIS SLEEVE - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 5:40 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Apabila lelaki curang...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Apabila lelaki curang...   Fri Nov 07, 2008 9:17 am

ALAM rumah tangga tidak selalunya indah. Ramai yang kecundang apabila bahtera yang dilayari bertahun-tahun, akhirnya berderai diserang badai ganas.
Apabila keharmonian rumah tangga sudah dihanyut ombak, ia turut menjejaskan isi dalam rumah berkenaan termasuk si suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Seandainya insan yang menimbulkan permasalahan itu ialah suami selepas kemunculan insan ketiga misalnya, maka anak-anak dan isteri akan menanggung deritanya.

Benarkah semuanya berpunca daripada kehadiran cinta lain, sehinggakan si suami sanggup berlaku curang terhadap insan bernama isteri?

Walaupun suatu pernikahan tidak membatasi keinginan lelaki untuk jatuh cinta lagi, tetapi sikap curang, bukannya hal baru dalam sejarah kehidupan manusia.
Tidak dinafikan, godaan untuk berlaku curang akan datang sepintas lalu dek tekanan perasaan yang menghantui diri kaum Adam mahupun Hawa.
Perilaku ini berlaku mungkin secara tidak sengaja atau disengajakan.

KEBANYAKAN kes curang biasanya berlaku di antara kenalan pejabat atau kekasih lama.

Adakalanya, ketidakjujuran terjadi ketika si dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Contohnya, si jejaka membantu si gadis menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Ketika itu, mereka mula berkomunikasi melalui e-mel, telefon dan berjumpa sehingga lewat malam. Akhirnya, hubungan menjadi semakin intim.
Masalahnya, si jejaka sudahpun mempunyai isteri dan cahaya mata. Walaupun mereka dilihat terlalu rapat, tetapi mereka tidak melakukan hubungan intim dan masih memelihara batasan yang perlu dijaga.

Persoalannya, apakah hubungan mereka dikategorikan sebagai curang?
Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, selama hubungan itu masih terbatas pada hal-hal di pejabat meskipun hingga larut malam, syaratnya mestilah mempunyai orang lain di tempat itu.

"Biarpun nampak intim, tidaklah dikatakan sebagai curang. Kita kena akui hakikat pekerjaan, di mana komunikasi sangat perlu, bahkan mustahil dapat dielakkan. Setiap sektor pekerjaan pasti ada dua gender iaitu lelaki dan wanita.

"Mereka saling berhubung untuk menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan. Sesekali bergurau senda atau usik-mengusik, itu adalah suasana biasa di tempat kerja dewasa ini.

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang," katanya.
Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.
"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.

"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.
Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang wanita berstatus isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang lelaki atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

Adakah cerai jalan terbaik lelaki curang? Katanya, setiap manusia ada kekurangan dan kelemahannya. Curang dalam perkahwinan adalah salah satu kelemahan dan kekurangan itu.

"Selagi ia tidak maksimum seperti berzina hingga melahirkan anak luar nikah, mengekalkan perkahwinan adalah lebih baik daripada berpisah meskipun ada sedikit kemelut dan masalah hati.

"Membina kembali hubungan hati yang telah rosak sama susahnya dengan proses untuk memisahkan antara dua hati yang dulunya pernah bertaut.
"Proses perceraian pun bukan mudah untuk dilalui, bukankah lebih baik saling bermaaf-maafan terutama demi anak-anak yang telah dilahirkan," tegas Tuah.

Adakah cerai mampu selesaikan masalah?

Memetik pendapat daripada seorang konsultan psikologi, Maria Theresia Widyastuti menerusi laman webnya, cinta baru biasanya muncul lagi dalam kehidupan pasangan yang sudah rumah tangga selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas. "Tetapi kemungkinan ia juga boleh berlaku pada awal perkahwinan, misalnya tiga tahun, sekiranya komitmen pernikahannya tidak kuat," katanya.

Apa pun keputusan yang diambil ketika hadirnya orang kedua, semuanya itu bergantung terhadap diri si pelaku itu sendiri. "Di sini tiada kata-kata yang baik mahupun buruk, tetapi siapapun pilihannya, pasti akan mengundang risiko," kata Maria.

Sebelum memutuskan langkah terbaik yang perlu diambil, sebaiknya kamu dan pasangan mengkaji kembali tujuan hidup yang dibina selama ini. Sekiranya keutuhan rumah tangga itu menjadi kelebihannya, kembali ke pasangan dan perbaiki hubungan dengan mencipta komunikasi yang baik.

"Mereka seharusnya benar-benar ikhlas mencipta kembali kehidupan perkahwinan mereka," ujar Maria

Kalau pilihan kamu menjurus ke arah kehidupan kedua, pernikahan dan hubungan kamu dengan masyarakat perlu diperhatikan dari segi norma sosial. Biasanya pandangan orang masih negatif dan ini akan mengganggu pergaulan sosial kamu itu.

"Tetapi, walau apa pun pilihan kamu, semua keputusan berada di tanganmu sendiri, dan semuanya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri."
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
apatz
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja


Male
Posts : 325
Age : 35
Location : keyel
Status : baker bakery
Joined : 2008-08-14

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Mon Nov 10, 2008 11:34 am

~aku rasa mencegah lebih baik dari merawat..

so jgnla berduaan/makan sama2/main2 mata dgn perkara2 yg bole menyebakan kite terjebak dlm kecurangan.

xlupa juga..elakkan dari ke kelab gay. smile
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Tue Nov 11, 2008 9:51 am

curang sama jantina sukar dikesan pat..isteri2 kalau nak tau suami dia gay senang je kan...kalau suami tu xleh nak kentut berbunyi..sah dia gay..haha

betul kata pat..mencegah lebih baik kan.. elakkan la perkara2 yg cenderung untuk berdua2an..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
areDIKA
Temenggung
Temenggung


Male
Posts : 470
Age : 35
Location : putrajaya
Joined : 2008-03-31

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Sat Nov 15, 2008 12:53 am

mudah mudahan rumahtangga yg telah dibina dapat di kekalkan selamanya..

hmm.. kat mana lah 'dia' agaknye?
Back to top Go down
View user profile
kocot
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja


Male
Posts : 54
Age : 36
Location : serendah,hulu selangor
Status : married
Joined : 2008-05-29

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Mon Nov 17, 2008 12:51 pm

balik la pada asal..org lelaki ni berat tanggungannya byk kena bermuhasabah,ia akan diadili dri saat kita mati smpila di akhirat nanti
yang perempuan kena ler tahu apa peranan seorg isteri. kenapa,Apa,Mengapa,Bagaimana,Bila, semua tuh sendri mau ingat
Rasa2 kalo suami tu CURANG (Cubalabuatkalorasanakdiserang) ingat ler balik apa salah kita kalo rasa takde salah tuh..Confirm betul ingat la akan kontrak perjanjian kerana tiada kebetulan dlm kehidupan kerana ia satu suratan yg telah ditentukan..Ewahh kaum lelaki senyum ye... Smile lagi sekali yang lelaki ingat kontrak perjanjian juga dengan ALLAH.. tiada yg tertinggal selepas terbenam mentari..
Back to top Go down
View user profile http://calcheuts.multiply.com
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Mon Nov 17, 2008 12:56 pm

org yg berkahwin lebih dari satu tu semua asalnya curang la ek..pas tu baru kawen.. ada ke yg xcurang tp dapat kawen lebih? camne nak ada calon kalau xcurang kan..hehe

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 1332
Age : 34
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Mon Nov 17, 2008 1:23 pm

menarik topik nii ....
yang penting hati dan nawaitu kita ...
sama ada lelaki mahupun perempuan jaga la pasangan sebaik yang mungkin ...
banyak faktor kenapa berlakunya CURANG dan PENCERAIAN dalam rumahtangga ... dan macam tu jugak la bagi pasangan yang belum berkahwin ...

nasihat yang leh irees bagi ... jahui la kekasih kita sekiranya kita dapat tahu yang dia sudah berkahwin walaupun hanya sebagai seorang kawan ... kerana tak mustahil hubungan itu akan terjalin dan akan berlaku sesuatu yang tak diingini ....

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2324
Age : 31
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 11:23 am

em betul tu irees..
jauhilah berkawan gan insan yg telah berkahwin
kerna banyak buruk dari baiknya.. macam2 hal bole
terjadi.. dari melukakan hati banyak pihak..
cukuplah hanya satu hati terluka.. even parutnya
tetap ada tapi kita berjaya menyelamatkan rumahtangga
orang lain.. andai skrg kita merampas hak orang..
tak mustahil satu hari nanti hak kita pula dirampas..

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2324
Age : 31
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 11:25 am

em betul tu irees..
jauhilah berkawan gan insan yg telah berkahwin
kerna banyak buruk dari baiknya.. macam2 hal bole
terjadi.. dari melukakan hati banyak pihak..
cukuplah hanya satu hati terluka.. even parutnya
tetap ada tapi kita berjaya menyelamatkan rumahtangga
orang lain.. andai skrg kita merampas hak orang..
tak mustahil satu hari nanti hak kita pula dirampas..

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 11:29 am

dengar tu memey... jgn jumpa norman lg tau..hahaha

selalunya dalam hal camni..pompuan tu akan di salahkan..betul x? perampas la.. pemusnah la..perosak la..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2324
Age : 31
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 11:44 am

em tu la.. tapi kan.. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan..
kalo perempuan mengoda lelaki tak layan.. tak jd jugakkan.. semua itu
bergantung kat hati kita sendiri.. semua yg jadi ada sebabnya..
kekadang lelaki tak pernah merasa puas gan apa yg dimiliki..
wife dh cantik.. berkerjaya.. tapi nak jugak makan luar.. even itu sekadar suka2
lambat laun akan terpaut jugak kan.. yelah duk berjupe hari2.. maka terjadilah
sebaliknya..

p/s : memey tu tak sedar diri.. apalah dicari kat norman tue.. takpelah dier menang skrg rampas laki orang satu hari nanti dier akan rasa jugak.. menyampah tul baca kenyataan yg memey kuarkan tue.. cam takde maruah lak.. huhhh

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 11:53 am

ada lelaki dia cintakan isteri dia..xnak cerai..
yg scandal ngan pompuan lain tu mcm hal2 sampingan je.. macam pi main futsal je..bukan nak kawen pun..cinta tetap pada yg satu tu.. tgk cam norman, xsanggup nak ceraikan abby.. hehe

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2324
Age : 31
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 12:02 pm

em yeker tak sanggup ceraikan.. em mana ada pompuan yg sanggup bermadu..
then asik backup orang lain dari bini sendiri mana tak marah.. bak kata abby laa..
sorang pun tunggang-langgang ada hati nak kawen lagi satu..

em ada jugak lelaki g2.. tapi kan kalo dh hehari g2.. apapun leh terjadi kan..
yer bini tetap bini.. simpanan tetap simpanan.. tapi takkan simpanan tetap nak jd
simpanan selamanya.. nak jugak title yg sah kan.. em memula ok lah.. lelama..
mau panas tinga.. haaaa bala cari sendiri.. paham2 jerlah..

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zam
Bendahara
Bendahara


Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 2:41 pm

semua perkara berlaku bersbb... kena muhasabah diri memasing..xkira suami atau isteri..kenapa leh jadi camtu..sama2 fikir n bincangkan.. usahalah agar perkahwinan tu dpt di selamatkan..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 1332
Age : 34
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Thu Nov 20, 2008 3:25 pm

emm betul tu nina .... tak kan selama lama nyer leh jadi simpanan ...
oneday mesti teringin nak jadi yang sah ... tapi kan pada pendapat irees laaa, berlaku nyer sesuatu masalah dalam rumahtangga mesti ada sebab nyer ... dan kita tak leh nak salah kan satu pihak saja .... dalam rumahtangga setiap pasangan pasti ada kekurangan masing2 dan tanggungjawab pasangan la utk melengkapi kekurangan itu .... tapi kita sering kali terlupa pada hakikat itu ....

apa pun cuba la wat yang terbaik demi sebuah perkahwinan dan juga masa depan anak anak ....

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
Sponsored content




PostSubject: Re: Apabila lelaki curang...   Today at 10:09 pm

Back to top Go down
 
Apabila lelaki curang...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Alam Perkahwinan-
Jump to: