HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
avatar

Male
Posts : 193
Age : 30
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

PostSubject: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Thu Oct 30, 2008 9:53 am



Pelakon, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 20, menafikan gossip yang mengatakan beliau sudah bernikah di Thailand bersama Norman Hakim.

Isu hangattersebut menyebabkan krisis rumah tangga Norman dan Abby apabila keluar di akhbar-akhbar tempatan Norman tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Biasalah artiskan, pada tahun lepas Abby dan Norman telah bercerai talak satu tetapi rujuk semula selepas itu. Di harap perkahwinan pasangan pelakon ini berkekalan, tu hari dah satu tinggal lagi dua jer lagi.

tak habis2 kisah cerai berai artis ni kan... ada keluar kenyataan dari Norman Hakim yg suh org buktikan yang dia telah berkahwin kat Thailand.

Wallahuallam.
Back to top Go down
View user profile http://www.yuta.com
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Pelakon Gerak Khas ditangkap khalwat   Thu Oct 30, 2008 11:20 am

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang,Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Thu Oct 30, 2008 2:29 pm

xyah la bercerai lg..sian anak2...anak2 dia pun baru nak membesar tu...perlukan perhatian mak bapak..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
roll_honey
DYMM Permaisuri Teratak
DYMM Permaisuri Teratak
avatar

Female
Posts : 1681
Age : 41
Location : Bandaraya Pesisir Air
Status : Lumber HaraM
Joined : 2008-04-01

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Thu Oct 30, 2008 2:29 pm

ni laki abby ker ?

huhu abby dalam pantang tu...

_________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita
Yang Solehah."

"MAMA NABILAH"

Amin
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Thu Oct 30, 2008 2:37 pm

ni plak dari Berita Harian Online - update pada jam 12.21 tghari td..

KUALA LUMPUR: Pelakon Gerak Khas yang kini rumahtangganya dikatakan sedang retak, pagi tadi ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), berikutan maklumat orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan tangkapan pasangan itu daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.

"Saya mengesahkan tangkapan pasangan pelakon itu yang ditahan di sebuah premis awal pagi tadi.

"Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu. Difahamkan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, pasangannya seorang pelakon baru dan pernah bersama berlakon sebelum ini.

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
avatar

Male
Posts : 193
Age : 30
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Fri Oct 31, 2008 9:09 am

Norman dicekup - Serbuan khalwat gegar rumah tangga Norman-Abby

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my


NORMAN berjalan keluar dari Pejabat Agama Islam Gombak Timur berhubung kes khalwat semalam.


KUALA LUMPUR - "Semuanya hanya kebetulan, kami bukan berkhalwat, malah tidak ada hubungan serius pun.''

Demikian tegas pelakon Norman Hakim, 32, mengulas peristiwa beliau ditangkap atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, (Memey Suhaiza).

MEMEY SUHAIZA
Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey Suhaiza di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, dekat sini, kira-kira 3 pagi semalam.

Mereka dilepaskan dengan jaminan polis awal pagi semalam.

"Saya sebenarnya ada taklimat di pejabat bersama CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), seorang pembantu saya dan Memey yang kini membuat kerja pengurusan di syarikat.

"Kemudian, saya menghantar CEO pulang ke rumah dan kebetulan pula pembantu saya turut pulang. Jadi bila balik ke pejabat, tinggal saya dan Memey.

"Saya di tingkat atas, Memey di tingkat bawah dan secara tiba-tiba pula pihak berkuasa datang dan kami ditahan," dakwa Norman.

Bapa kepada tiga anak itu berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu hadir di Pejabat Agama Islam Gombak Timur di Keramat petang semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut Norman, hubungannya dengan Memey atas dasar profesional selaku rakan sepejabat.
Back to top Go down
View user profile http://www.yuta.com
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
avatar

Male
Posts : 193
Age : 30
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Fri Oct 31, 2008 9:10 am

Biarlah semua orang menilai - Abby




KUALA LUMPUR - Pelakon, Abby Abadi (gambar) menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri peristiwa suaminya, Norman Hakim ditangkap atas dakwaan berkhalwat awal pagi semalam.

"Saya rasa dengan apa yang berlaku ini, orang sudah boleh buat penilaian masing-masing.

"Saya pun malas sudah hendak bercerita panjang kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,'' katanya berterus terang ketika dihubungi semalam.

Menyentuh perasaannya ketika mendapat berita mengenai tangkapan berkenaan, Abby hanya boleh berkata: "Biar Dia (Allah) yang membalasnya. Saya doakan yang terbaik untuk dia (Norman)."

Dalam nada yang penuh emosi, Abby mengakui beliau telah banyak memendam rasa.
Mengenai masa depan rumah tangganya, Abby tidak mengharapkan apa-apa lagi.

KOSMO!
Back to top Go down
View user profile http://www.yuta.com
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
avatar

Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Fri Oct 31, 2008 10:36 am

emmmm....
memacam la dowang nie
hengatkan dah reda dah
ghopenyer bergolak jugak yer
nampak cam hepi family jerr...
huhuhu...simpati ngan dowang
semoga dorang berbaik la demi anak2

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Fri Oct 31, 2008 10:41 am

dalam pejabat rupanya...bukan kat umah kena tgkp tuh..

masing2 dah besar...pikirlah demi anak2 tuh...dah 3 kan anak dia?

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 9:40 am


ABBY memperkatakan sesuatu kepada Norman di hadapan media di lokasi penggambaran Gerak Khas di Kuala Lumpur semalam.
ABBY 'SERANG' NORMAN HAKIM


KUALA LUMPUR - Gara-gara gelagat Norman Hakim yang dianggap terus mempertahankan pelakon baru, Memey Suhaiza, pelakon Abby Abadi tidak mampu mengawal kemarahan dan bertindak 'menyerang' suaminya itu di depan pihak media semalam.

Insiden itu berlaku ketika Abby bersama lebih 20 petugas media ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini semalam, untuk bertemu Norman bagi membantu melengkapkan borang permohonan perceraian fasakh.

"Kenapa asyik mempertahankan dia? Memey baik, Memey itu, Memey ini? Saya ni siapa dalam hidup abang? "kata Abby marah dan terkilan ekoran Norman seolah-olah mempertahankan Memey dalam beberapa jawapannya kepada media.

Insiden itu adalah rentetan rasa kecewa Abby yang merasakan dirinya diabaikan Norman setelah suaminya dan pelakon itu ditangkap atas dakwaan berkhalwat, 30 Oktober lalu.

MEMEY
Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, kira-kira pukul 3 pagi.

Norman yang 'diserang' di lokasi drama berkenaan pada awalnya kelihatan tenang meskipun penggambaran terpaksa dibatalkan gara-gara insiden yang berpunca daripada dirinya.
Bagaimanapun sebaik diajukan borang permohonan perceraian oleh Abby, Norman tidak mampu menahan perasaan lalu menangis. Setelah menenangkan diri seketika, bapa kepada tiga anak ini 'melarikan' diri daripada kumpulan media dan Abby yang hadir tanpa diundang ke lokasi.

Melihat Norman menjauhkan diri, Abby lalu mengekori suaminya itu untuk menyerahkan borang itu sekali lagi.

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:01 am

Dokumen tak lengkap, Abby gagal failkan cerai



[url=mailto://][/url]



KUALA LUMPUR: Pelakon wanita popular, Abby Abadi, hari ini gagal memfailkan tuntutan perceraian ke atas suaminya, Norman Hakim kerana dokumen perceraian yang dikemukakan artis itu tidak lengkap.

Pegawai Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat Hulu Klang, Harun Hashim, menasihati Abby supaya membawa segala dokumen yang diperlukan untuk tujuan itu.

Harun turut menasihatkan Abby bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Jika pendaftaran itu dilakukan, mahkamah memberi tempoh 21 hari untuk disebut di mahkamah.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 29, hadir seorang diri semasa tiba di pekarangan mahkamah jam 10.30 pagi.

Abby berkata beliau gagal berbuat demikian kerana alamat, kad pengenalan, salinan surat nikah dan rujuk ada pada Norman, 32, atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Abby yang tidak dapat menahan air mata, berkata beliau akan berusaha untuk menghubungi Norman supaya memberi kerjasama bagi menyelesaikan permohonan perceraiannya.

“Hari ini saya gagal membuat permohonan cerai kerana dokumen yang diperlukan tidak dibawa dan tidak lengkap. Mungkin pada dia (Norman) perkara ini tidak serius tetapi pada saya ia adalah serius,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 11 Januari 2002, pernah bercerai talak satu dan rujuk kembali pada 5 Mei 2006.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, sebulan 18 hari. - Bernama

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:07 am

sebulan 18 hari upanya baby yg baru lahir tu yea.. dalam pantang lagi abby tapi menten anggun... nangis konon norman hakim tu.. pegi ko menangis di sana...

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung
avatar

Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:14 am

nampaknyer abby cam dah nekad jer....
emmm....

_________________
~bayu_pagi~
^LiFe MusT Go oN^
::kawan-kawan takmo lawan::
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:16 am

norman mcm sygkan lg perkahwinan diorg tu kan..harap2 jgn la bercorai..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:24 am

tu le.. da naked abby tu nampaknya... norman hakin aritu gitu gak, sikit2 nangis.. dia sayangkan lagi umahtangga dia n at the same time dia sayangkan memey tu gak kots..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:25 am

apa la norman..abby naked pun dia nangis.... hehe
mebi la kan zol..dia sygkan dua2..apa nak heran kalau dia mampu..kawen lg satu..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:28 am

kita yg tak mampu ni lain le kan zam kan.. huahuahauhuahuahua.. satu lagi nak nangis bila org lain naked, lagi le tak mampu rasanya... tapi abby da cakap kat aku, once is enuff norman buat cenggitu.. air mata dia da tak laku lagi...

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:33 am

tu la...aku xmampu nak nangis bila org naked depan aku..susah..

norman naked pun dah tak guna.. abby dah tak pandang semua tu..hati dia dah hancur remuk berkecai bersepah..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:35 am

tapi kesian kat anak2 diorang le.. abby tu belum 30 da nak menjanda.. aku ni bukan bole tengok janda2 gitu.. kesian.. menitik air mata nih..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:39 am

tugas lelaki2 budiman cam ko lah zol angkat murtabat janda2 sekalian alam ni ..kawen ngan dia supaya status dia lebih mulia di sisi masyarakat..

anak 3..cerai..cam xbeh je kan..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 10:41 am

kawen cerai da jadi mcm mainan je diorang ni.. apadaaa...

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 12:16 pm

camne la masyarakat nak pandang tinggi kat gulungan2 artis nih.. ahli2 politik tu public figure gak kan..? tp jarang lak dgr diorg bercorai..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 12:20 pm

tapi sebetulnya artis2 ni takde yg bole dibuat role model p0ns.. kalau da namanya artis tu.. guna le org2 lain sebagai role model.. ilmuan ke, businessman ke, org2 yg berjaya ke.. stakat berjaya buat album or berjaya berlakon tu takde pepe pun yg bole diambik kebaikan..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
zam
Bendahara
Bendahara
avatar

Male
Posts : 5644
Age : 28
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 12:22 pm

sorang je aku rasa ok.. Harun Salim Bachik.. my idol.. Embarassed

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cencuroot.blogspot.com
zoulle
Inspekter Sahab
Inspekter Sahab
avatar

Male
Posts : 5286
Age : 36
Location : world wide web
Joined : 2008-03-29

PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   Tue Nov 04, 2008 12:25 pm

cheh... aku x ske harun salim bachik.. darma harun arrasyid pun aku x ske.. ciko harahap rasyid pun aku x ske gak..

_________________
~sila baca post saye dengan irama yang girang, ceria da positif, agar tak tersalah faham nanti.. hihihi~
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey   

Back to top Go down
 
Kronologi Kisah ABBY-Norman-Memey
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 5Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
 Similar topics
-
» Norman Underhill
» forty-eight years of Norman Rockwell
» The Walking Dead's Norman Reedus Turned Down George Clooney Blockbuster Over A Haircut
» Norman Stuart Clarke
» Ronald Norman Folland 1932-1999 Original watercolour

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Santai :: Teratak Hiburan :: Teratak Artis Malaysia-
Jump to: