rotab_bam Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 193 Age : 37 Location : somewhere in nowhere Status : online (masa register) Joined : 2008-08-06
| Subject: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 9:35 am | |
|
| Nor Azlin memfailkan tuntutan nafkah daripada suaminya yang menghilangkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.
|
PETALING JAYA ( 29 Okt)- "Walau apa pun, saya tak mahu bercerai dengan suami sebab saya fikirkan anak-anak yang masih kecil... tujuan saya di sini bukan untuk bercerai.'' Demikian luahan seorang dramatis, Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, 40, ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Nor Azlin sebelum itu baru memfailkan permohonan tuntutan nafkah daripada suaminya yang sudah empat bulan meninggalkannya. Antara tuntutan nafkah yang dibuat wanita itu ialah wang RM5,000 untuk perbelanjaan peribadi, RM2,000 untuk perbelanjaan rumah tangga, RM1,000 bagi simpanan Wang Amanah Saham Bumiputera.
| MOHD. Yazli
|
Selain itu, wang sebanyak RM500 untuk caruman insurans, RM3,500 wang ansuran rumah, ansuran kereta RM1,686. Sejak Julai lalu, dakwa Wan Nor Azlin, suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 34, tidak pulang ke rumah atau memberi nafkah buat beliau dan anak-anak. "Sejak ditinggalkan, suami tak beri nafkah sesen pun... saya tak boleh hidup macam ni, dengan rumah nak kena lelong, tunggakan bil, kereta dan banyak lagi. "Sebagai seorang suami, dia harus bertanggungjawab... tidak boleh tinggalkan saya dan anak-anak macam tu saja," katanya yang mendakwa terpaksa menanggung segala hutang yang tertangguh. Kosmo! | |
|
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 9:39 am | |
| ~terkenang semasa dahulu...~ hehe dgr cite suami dia berhutang ngan along kan..nape le lari camtu.. sebagai suami kena la bertanggung jawab.. | |
|
zulsa Temenggung
Posts : 595 Age : 46 Location : szbap Status : three in the row Joined : 2008-04-16
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 10:30 am | |
| Ehmm bila kes sebegini... si suami tak dapat lari lagi.. kecuali tido di lokap... | |
|
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 10:31 am | |
| mungkin juga balasan tuhan atas dosa2 dia sblm ni?? | |
|
zoulle Inspekter Sahab
Posts : 5286 Age : 43 Location : world wide web Joined : 2008-03-29
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 11:54 am | |
| isk, bukan kuasa kita nak memperkatakan tentang balasan tuhan n dosa2 tu zam... | |
|
zam Bendahara
Posts : 5644 Age : 35 Location : Petaling Jaya Status : Married Joined : 2008-03-28
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 12:19 pm | |
| aku kata mungkin je zol.. dia sendiri pun pernah ckp yg mungkin ni balasan tuhan pada dia.. | |
|
roll_honey DYMM Permaisuri Teratak
Posts : 1681 Age : 48 Location : Bandaraya Pesisir Air Status : Lumber HaraM Joined : 2008-04-01
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah Thu Oct 30, 2008 2:12 pm | |
| cuma 1...
kita bukan sentiasa diatas dan perjalanan hidup kita tak seiring dgn kehendak kita melainkan atas kehendakNYA..
mungkin itu adalah sebahagian dari dugaan yg diberikan pada kita tp ganjaran yg bakal kita perolehi lebih baik...kalau tak diduniawi mungkin nun jauh diakhirat... | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Wan Nor Azlin Tuntut Nafkah | |
| |
|