15/01/2009 3:30pm
KUALA TERENGGANU 15 Jan. — Kabinet bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan skim pencen bagi pekerja-pekerja swasta melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam.
Beliau berkata, skim itu akan menjamin para pesara sektor swasta mendapat pencen setiap bulan mengikut jumlah caruman KWSP masing-masing.
Ramai pencarum KWSP menghabiskan wang mereka dua tahun selepas bersara, kata Subramaniam pada majlis penyampaian faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 15 pencarum di sini hari ini.
Subramaniam berkata Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab dalam melaksanakan skim itu.
Kabinet, katanya telah meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan kertas kerja mengenai skim itu untuk diserahkan kepada Kementerian Kewangan. - Bernama
Ok ke skim pencen nih?