Seorang Ustazah sedang mengajar tentang syurga dan neraka kepada murid-muridnya di Kelas 1 Anggur.
Ustazah : Siapa yang hendak masuk syurga sila angkat tangan!
Ustazah itu bertanya kepada semua anak muridnya. Semua pelajarnya mengangkat tangan kecuali seorang sahaja iaitu Sulaiman Bin Wagirin (Ayahnya JAWA).
Ustazah : Sulaiman, kenapa kamu tidak mahu masuk syurga? Nak masuk neraka ke?
Sulamain Bin Wagirin (ayahnya Jawa) : Tak
Ustazah : Habis tu kenapa?
Sulamain Bin Wagirin (ayahnya Jawa) : Mak saya marah, mak saya pesan lepas sekolah terus balik rumah jangan singgah mana-mana. Kalau saya ikut ustazah masuk syurga nanti mak saya cari saya...pastu mesti saya kena rotan.