Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcap8%Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcap19%Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcap50%Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcap22%Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
zoulle
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
mehatespink
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
nina2519
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
bayu_pagi
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
notme
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
roll_honey
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
notrex
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
irees_natasha
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
jay
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_lcapIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_voting_barIsu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 38 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 38 Guests

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor

Go down 
5 posters
AuthorMessage
hziemah
Temenggung
Temenggung
hziemah


Female
Posts : 654
Age : 43
Location : Putrajaya
Joined : 2008-03-28

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 10:16 am

Ladang babi bawa bencana


KUALA LUMPUR 24 Ogos - Tindakan kerajaan Selangor meneruskan ladang ternakan babi moden di sini hanya akan membawa bencana kepada penduduk tempatan dan juga alam sekitar, kata Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohamed Zin Mohamed.
Beliau berkata, kedudukan ladang yang terletak tiga hingga lima kilometer (km) dari pusat pelancongan terbaru Selangor; Sepang Gold Coast dan Morib Gold Coast juga akan merencatkan industri itu.
"Saya ingin tegaskan, tiada apa-apa manfaat yang diperoleh daripada projek tersebut sama ada kepada rakyat atau kerajaan. Dividen yang diperoleh dari Sepang Gold Coast dan Morib Gold Coast lebih menguntungkan.
"Kenapa mereka masih hendak meneruskan projek tersebut? Sudah tiada idea lainkah untuk bangunkan ekonomi Selangor atau mereka tidak mahu meneruskan projek pembangunan terdahulu kerana ia adalah idea kerajaan BN sehingga terpaksa bergantung kepada babi?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari semalam yang menyatakan projek itu akan dilaksanakan secepat mungkin.
Kata Yaakob, ia bertujuan bagi mengawal pencemaran sungai dan laut yang semakin parah akibat penternakan babi tradisional yang berselerak di negeri ini terutama di Ladang Tumbuk di sini.
Mohamed Zin berkata, projek penternakan babi tersebut akan memberi kesan kepada kira-kira 100,000 penduduk sekitar yang membabitkan perkampungan orang Melayu, Cina dan India.
Menurut beliau, kedegilan kerajaan negeri Selangor untuk meneruskan projek ladang ternakan babi bernilai RM100 juta itu juga akan mengancam nyawa penduduk sekitar sekiranya kejadian wabak viral Ensefalitis berulang.
Virus Japanese Ensefalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada haiwan tersebut melalui nyamuk Culex telah mengorbankan 128 orang di negara ini pada tahun 1999 hingga 2001.
Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Andrew Sebastian ketika dihubungi memberitahu, sehingga hari ini kerajaan Selangor masih belum membentangkan pelan pengurusan sisa daripada ladang tersebut ataupun rancangan untuk menjaga ekosistem kawasan sekitar ladang ternakan itu.
"Kita hanya dengar mengenai pelan pembangunan ladang babi itu, tetapi tidak pernah dimaklumkan mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dalam memastikan alam sekitar tidak terjejas dengan pembinaan ladang babi itu.
"Kita juga tidak tahu mengenai pengurusan sisa buangan ladang tersebut. Di mana segala sisa najis dan lain-lain bahan kumbahan akan disalurkan? Ini penting kerana ia akan memberikan kesan yang amat buruk bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi penduduk sekitar,'' katanya.
Katanya, kedudukan ladang yang hampir dengan kawasan perairan pantai akan turut memberi kesan kepada kualiti air dan hutan paya bakau berhampiran.
Tambahnya, pada masa ini, semua pihak seharusnya berusaha menjaga dan memulihara alam sekitar dan bukannya merosakkan dan memusnahkan apa yang ada.

dipetik dari UTUSAN MALAYSIA 25 Ogos 2008

*** apa komen korang mengenai isu ini..x patut kan MB Selangor ni..
Back to top Go down
http://hziemah.fotopages.com
wiser
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
wiser


Male
Posts : 295
Age : 49
Location : Pahang
Status : ~bujang 3~
Joined : 2008-06-25

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 10:32 am

Isu babi ni memang sensetif di kalangan org Islam.Oleh yg demikian,tindakan menternak babi secara besar ni mmg mengundang kemarahan org ramai bkn sahaja di Selangor malahan seluruh rakyat Malaysia.tak cukup lagi ke pengajaran wabak JE di Nipah dahulu.MB Selangor kena peka dan tidak tunduk pd org2 tertentu.Anda juga Islam.
Back to top Go down
http://www.sifoo.org
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
rotab_bam


Male
Posts : 193
Age : 37
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 10:45 am

Isu projek penternakan Babi timbul lagi di Selangor. Isu ini cuba dimainkan oleh pemimpin desperado UMNO untuk menagih simpati daripada kalangan masyarakat Islam yang cukup sensitif dengan haiwan tersebut. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berhasrat untuk mewujudkan sistem penternakan khinzir yang termoden berharga RM100 juta yang akan dilaburkan oleh penternak-penternak terbabit. Menurut Teressa Kok projekk ini adalah untuk sebagai model pembangunan terancang kepada negeri-negeri lain di Malaysia yang selama ini juga masih kalut dalam menangani dengan professional dan bijak dalam isu ini.
Isu ini sebenarnya amat jijik untuk didebatkan secara umum. Usaha saya menulis ini adalah agar satu penyelesaian mengenai masalah ini dapat ditanganani dengan bijak dan professional. Malahan penyelesaian dan komitmen terhadap isu ini juga menggambarkan keprihatinan kerajaan baru Negeri Selangor untuk menyelesaikan isu ini dengan baik dan berhikmah setelah kegagalan kerajaan Selangor pimpinan lepas melaksanakan satu model penyelesaian yang memberi kemenangan (win-win situation) kepada semua pihak di Selangor Darul Ehsan.
Sebenarnya untuk rekod yang bersumberkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor 2004 yang dipetik daripada data sehingga Julai 2004 di Selangor jumlah ternakan khinzir di Selangor berjumlah 228,414 ribu ekor mengatasi dari segi jumlah ternakan-ternakan lain seperti kerbau, lembu, Kambing dan berbiri yang jumlah kesemuanya dijumlahkan berjumlah hanya 34,164 ekor . Data terbaru untuk statistik 2007 masih belum diperolehi namun ianya pasti tidak banyak berbeza daripada segi jumlah peratusan perbezaannya antara ternakan dalam ketegori Halal dan Haram menuru Islam.
Pada pandangan umum rakyat sebenarnya dengan langkah terkini Kerajaan Selangor yang baru ini untuk memperkenalkan teknik terbaru dalam isu penternakan ini sebenarnya akan menyelesaikan banyak masalah yang timbul dalam isu penternakan haiwan ini. Mungkin jumlah khinzir di Selangor melebihi jumlah yang disangkakan daripada statistik yang diperolehi oleh agensi kerajaan kerana wujud juga penternak-penternak babi yang tidak berdaftar dan melakukannya tanpa pemantauan mana-mana pihak.
Dengan mewujudkan pusat penternakan secara berpusat dan termoden ini ianya akan membantu Negeri Selangor Darul Ehsan dalam isu menangani permasalahan yang timbul daripada haiwan ternakan ini :
Pertama : Penternak Babi secara haram dapat dibanteras dengan baik.
Jumlah data mengenai jumlah penternak Babi secara haram di Selangor tidak dapat diperolehi secara tepat. Dengan wujudnya penternakan secara berpusat dan bersistem termoden ini maka kewujudan secara haram penternak babi yang banyak di Selangor akan dapat dikurangkan jumlahnya. Dengan pemantauan ini maka akan memudahkan agensi kerajaan untuk memantau kesihatan dan pergerakan haiwan ini di Selangor. Justeru dapat mengelakkan kesan dan impilkasi tidak sihat daripada haiwan ini.
Malahan populasi babi juga dapat dikurangkan kepada sekitar jumlah yang munasabah untuk memenuhi permintaan dalaman masyarakat pengguna bukan Islam di Selangor. Pastinya jumlah ternakan babi yang keterlaluan bakal mengundang pelbagai implikasi tidak sihat terhadap kesihatan rakyat dan juga sensitiviti umat Islam di negara ini.
Kedua : Kawalan Kesihatan yang berpunca daripada Babi dapat di atasi.
Dengan wujudnya pusat penternakan dan penyembelihan khinzir berpusat dan termoden ini sebenarnya dapat mengawal dengan baik sebarang penyakit bawaan daripada haiwan ini khususnya penyakit J.E yang telah menggemparkan negara pada suatu masa ketika dahulu. Dengan kawalan dan pemantauan berterusan daripada Jabatan Haiwan dan Kementerian Kesihatan di harap ‘outbreak’ daripada endemik penyakit berpunca daripada Khinzir dapat dikawal dan ditangani dengan pantas.
Situasi kini di mana para penternak khinzir berselerak di negeri Selangor tanpa sebarang kawalan dan pemantauan berterusan dan rapi daripada agensi-agensi terbabit dalam hal ini akan menyukarkan tindakan dan kawalan yang boleh dilaksanakan jika perkara ini terjadi yang memerlukan tindakan pantas dan tepat. Pihak berkenaan boleh terus ke tempat kejadian dengan pantas dan mengawal penyakit bawaan daripada menyerang dan mengancam kesihatan awam.
Malahan dengan pengurusan yang sistematik dan termoden ini akan menyelesaikan masalah berkaitan dengan pencemaran alam yang dikaitkan dengan haiwan ini di Selangor. Kes pencemaran air di Semenyih akibat pecemaran air Sungai Semenyih yang menyebabkan loji terpaksa di tutup sementara telah mengundang masalah bekalan air kepada pengguna. Ianya pasti menyebabkan berlakunya banyak permasalahan akibat pencemaran ini yang boleh mengancam masyarakat umum.
Dengan wujudnya pusat ternakan termoden maka kita berharap masalah pencemaran sungai yang diakibatkan oleh pelepasan sisa buangan daripada najis-najis khinzir ini dapat diselesaikan. Malahan sensitiviti dan kesihatan umat Islam dan rakyat umumnya akan lebih selamat dan terjamin daripada membiarkan para penternak khinzir melakukan penternakan ini secara berselerakan di seluruh negeri Selangor yang akan lebih memberi ancaman wabak penyakit jika berlakunya sesuatu di luar dugaan.
Ketiga : Kawalan Terhadap Masalah Pengangkutan Khinzir Tanpa Mengira Waktu Boleh Diperbaiki.
Persoalan ini sebenarnya telah lama berpanjangan. Pernahkah anda bertembung dengan lori-lori yang membawa khinzir ini di waktu siang hari. Masakan pihak Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Selangor tidak menyedari hal ini apabila jalan raya di hadapan rumah ketua pembangkang sendiri di Dun Sungai Panjang berhadapan dengan situasi sepanjang masa sehingga kini. Masalah bau dan pencemaran daripada usaha untuk mengangkut haiwan ini daripada ladang ternakan untuk ke pusat penyembelihan atau penggunanya telah menimbulkan pelbagai implikasi kepada sensitiviti masyarakat Islam dan Bukan Islam. Ianya bukan sahaja soal halal dan haramnya tetapi menjangkau persoalan kesihatan yang berpunca daripada haiwan ini yang telah dibuktikan secara saintifik.
Malahan Islam mengharamkan memakan haiwan ini kerana ianya mempunyai pelbagai implikasi kesihatan kepada tubuh badan manusia. Justeru pendidikan dan penerangan kepada masyarakat bukan Islam terhadap kawalan memakan haiwan ini juga perlu di beri agar kesihatan mereka juga terjamin dalam jangka masa panjang. Hikmahnya Islam apabila sahaja umat Islam memegang atau terpegang sahaja khinzir dan anjing dengan menyamak dengan tanah sekali dan air sebanyak 6 kali sebenarnya adalah satu prosedur kawalan kesihatan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman-kuman yang di bawa oleh haiwan ini yang boleh mengancam kesihatan manusia.
Justeru dengan adanya pusat ternakan khinzir ini maka soal pengangkutan haiwan ini dapat diselesaikan dengan baik malahan dicadangkan pusat itu juga bertindak sebagai satu-satunya pusat penyembelihan berdaftar yang dipantau oleh agensi-agensi kerajaan terbabit untuk mengatasi masalah pengangkutan khinzir ini melalui jalan-jalan dengan tidak mengikut waktu yang telah ditetapkan. Malahan kita berharap apabila permintaan dalam negeri dipenuhi maka tidak perlu timbul soal pengimportan daripada negeri-negeri lain.
Keempat : Membantu Usaha Mewujudkan Kawasan Hub Halal dan Pengeluaran Bahan Makanan Halal di Negeri Selangor Terjamin.
Untuk mendapatkan kelulusan Halal daripada Majlis Agama Islam dan Jakim. Beberapa peraturan yang mengkehendaki satu jarak yang munasabah jauhnya telah ditetapkan sebelum kelulusan halal dapat diberikan. Dengan pertambahan dan kemajuan negeri Selangor yang kian pesat membangun. Pastinya penternakan khinzir yang berselerakan di negeri ini mengundang pelbagai implikasi.
Apabila pusat penternakan khinzir ini wujud kelak maka rakyat tidak perlu lagi risau dengan masalah penternak-penternak khinzir secara haram dan berleluasa yang akhirnya membawa masalah-masalah seperti pencemaran bau dan pencemaran air sungai serta air bawah tanah apabila kadar nitrogen dalam kandungan air melebihi kadar yang sepatutnya mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar.
Kita berharap tidak akan berlaku lagi kes-kes seperti pencampuran antara daging khinzir dengan daging ternakan haiwan lain sepertimana yang kecoh berlaku sebelum ini. Kenderaan yang membawa haiwan khinzir ini sepatutnya hanya dibolehkan membawa haiwan khinzir sahaja dan dilarang keras sama sekali membawa barang-barang makanan lain kerana ianya akan menyebabkan kehalalan dan kesucian makanan yang halal itu diragui statusnya. Isu ini sebenarnya ramai pihak terbabit terlepas pandang dan mengangap isu ini hanyalah isu sementara sahaja tanpa tindakan konkrit dan komprehensif.
Kewujudan kawasan yang ditetapkan khas ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna-pengguna Islam sendiri untuk tidak ragu-ragu lagi akan wujudnya kawasan ternakan khinzir ini di kawasan kediaman mereka yang mungkin semakin berdekatan dari hari ke hari sejajar dengan kemajuan pesat pembangunan kediaman di negeri Selangor. Malahan kilang-kilang dan pengeluar produk halal akan berasa ebih selesa dengan tidak adanya lagi penternakan khinzir ini tanpa kawalan dan pemantauan daripada agensi terbabit.
Kita juga mengharapkan kebijaksanaan dan sensitiviti umat Islam dijaga dengan baik kerana kita tinggal untuk menikmati keselesaan dan keharmonian dan saling dalam percaya mempercayai antara satu sama lain. Kita berharap juga tidak akan berlaku produk-produk yang dikeluarkan untuk produk halal tercampur dengan bahan-bahan yang haram di sisi Islam ini yang boleh menyebabkan produk itu sudah haram untuk di makan oleh umat Islam lagi.
Kebijaksanaan dan Professionalisma Kerajaan Selangor di Hargai.
Usaha – usaha pendidikan kepada masyarakat umat Islam juga perlu dipergiatkan. Umat Islam di Malaysia cukup sensitif dengan isu ini dan ianya juga amat dihargai dan dipuji tinggi. Sewajarnya juga perasaan jijik ini juga perlu diteruskan kepada isu-isu lain seperti soal halal dan haram makanan yang dimakan sehari-hari daripada unsur-unsur penipuan, rasuah, penyelewengan dan pencurian. Jika umat Islam merasa jijik untuk memegang sahaja haiwan ini maka kita juga wajar merasa jijik yang amat sangat terhadap memegang wang daripada rasuah, penipuan dan pemerasan. Malahan kita juga merasa jijik terhadap tingkah laku pemimpin yang rasuah dan menyeleweng serta menyalahgunakan kuasa yang diberikan mandat oleh rakyat.
Kita menghargai usaha dan tekad baru Kerajaan Baru Negeri Selangor Darul Ehsan untuk menyelesaikan isu-isu terbengkalai kerajaan pimpinan Negeri Selangor yang lepas. Diingatkan kepada para pembangkang kerajaan Negeri Selangor. Sebenarnya isu ini adalah isu anda yang lepas. Kegagalan untuk melaksanakan model penyelesaian yang bijak dan professional merupakan tamparan hebat kepada pemerintah yang lepas.
Di atas rasa dan tanggungjawab yang tinggi di kalangan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang baru membawa satu lembaran baru dalam aspek pengurusan isu terbengkalai pimpinan lepas. Kita yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang baru bijak dan professional dalam mendepani isu-isu sensitif dan kritikal. Malahan kebijaksanaan mereka teruji untuk tidak mengikut emosi sahaja tetapi bersandarkan kepada kekuatan ilmu dan kepakaran yang mereka ada selama ini dalam memperjuangkan nasib dan masa hadapan negeri dan rakyat.
Penternakan Industri Haiwan Halal Lain Juga Perlu Mendapat Perhatian.
Industri tenakan di negeri Selangor ini masih mempunyai potensi yang banyak untuk dikomersilkan. Malahan kita juga mencadangkan diwujudkan juga projek-projek ternakan moden yang menepati piawaian Islam dan antarabangsa dipergiatkan di negeri Selangor. Dengan jumlah penduduk tempatan dan rakyat asing sebenarnya untuk memenuhi permintaan bekalan daging masih jauh daripada mencukupi. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara luar atas faktor kewangan negara dan bekalan daging mentah yang segar dan selamat di makan.
Dengan kos yang semakin meningkat dalam pengeluaran daging mentah ini dalam soal penjagaan dan makanan. Ianya pasti mengundang kenaikan harga barangan makanan ini di pasaran. Justeru kewujudan pusat ternakan daging halal di Selangor juga wajar mengatasi jumlah populasi khinzir yang mempunyai jurang kuantiti yang amat melebar daripada setahun ke setahun.
Kita juga merasa pelik dan jelik dengan kenyataan daripada pemimpin pembangkang di Selangor ini seolah-olah mereka tidak menyedari fakta bahawa jumlah ternakan khinzir di Selangor Darul Ehsan berlipat kali ganda berbanding dengan jumlah ternakan untuk daging yang halal di negara ini. Apakah mereka sebagai pemerintah yang lepas terlupa untuk menangani masalah ini.
Harapan Kepada Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Rakyat sebenarnya mengharapkan satu penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah-masalah lain yang timbul. Perbincangan dan dialog secara sihat dan penerangan dalam isu ini dan lain-lain wajar diberi keutamaan. Media-media arus perdana juga perlu bersifat professional dalam hal ini dan pelbagai isu. Jangan sampai pada satu ketika rakyat Malaysia khususnya di negeri Selangor merasa jijik dengan laporan terhadap isu khinzir ini dengan menyamakan media-media arus perdana setaraf dengan kejijikan terhadap haiwan tersebut. Rakyat sudah matang dan bermaklumat. Sebarang provokasi untuk melaga-lagakan rakyat tidak akan membawa Malaysia dan Negeri Selangor ke mana-mana.
Kita berhadapan dengan cabaran untuk membawa negara ke era yang lebih jauh. Kita sudah jauh ketinggalan daripada segi pencapaian ekonomi dengan Singapura , Taiwan dan Korea Selatan yang sebelum ini setanding dengan Malaysia. Tetapi kini kita terpaksa bersaing dengan negara seperti Myanmar dan Vietnam pula.
Semoga kerajaan dan pimpinan Negeri Selangor yang masih berumur belum 100 hari menunjukkan kecekapan dan kewibawaannya. Nampaknya usaha dan penyelesaian rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat lebih bersungguh-sungguh berbanding kerajaan pusat di bawah Pak Lah yang masih menyelesaikan masalah kepimpinan dikalangan mereka. Tiada isu rakyat yang benar-benar ‘direct’ kepada rakyat sudah di atasi pasca PRU 12. Ingatlah rakyat sentiasa menilai semua kepimpinan yang dipilih pada PRU 12 ini dengan penuh taakul dan berterusan

credit to www.anwaribrahimclub.com
Back to top Go down
http://www.yuta.com
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 11:04 am

tak patut ladang ternakan babi ini di buat kat c2..
byk implikasinya.. kalo kut yer pun nak kaut
keuntungan yg banyak pikirlah skit hidup rakyat biasa ini..
jgn nak menyesel kemudian..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
rotab_bam


Male
Posts : 193
Age : 37
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 11:30 am

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:

Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumurkan di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. Ianya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut

Sumber
Back to top Go down
http://www.yuta.com
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
rotab_bam


Male
Posts : 193
Age : 37
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 11:57 am

Hukum Yang Berkaitan Penternakan Dan Jual Beli Babi

Perlu difahami bahawa apabila Islam mengharamkan umatnya memakan daging babi maka ia sekali gus bermakna haram untuk menternaknya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain Allah...” [TMQ Al-Maidah (5):3]. Ayat ini juga sebenarnya meng-isyarah-kan pengharaman terhadap ‘penternakan’ babi. Itulah pengertian yang dimaksudkan oleh nas yang meng-isyarah-kan hukum tersebut. Oleh kerana itu jika hukum syara’ telah secara jelas mengharamkan memakan babi maka hukum syara’ juga menjelaskan akan keharaman untuk menternaknya. Para ulama ahli usul telah menetapkan definisi bahawa dalalatul isyarah (dalil isyarat) sebagai “Kalimat yang susunannya bermaksud menerangkan suatu ketentuan hukum atau menunjukkan suatu ketetapan hukum jika di dalamnya mengandungi pengertian hukum selain yang diterangkan oleh susunan kalimat itu”. Maksudnya, bagi ketetapan ‘hukum lain’ yang tidak langsung dimaksudkan oleh kalimat tersebut, maka pengertiannya ditunjukkan dengan isyarah; itulah yang dinamakan sebagai dalil iltizam.

Terdapat banyak contoh dalam persoalan ini, antaranya ialah firman Allah, “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka kahwinilah perempuan-perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki... [TMQ an-Nisa’(4):3]. Ayat ini secara jelasnya menerangkan kedudukan lelaki yang berkahwin dengan dua, tiga atau empat orang wanita. Namun demikian, ayat ini juga mengandungi isyarah yang menunjukkan ‘pembatasan’ jumlah isteri kepada empat orang sahaja, walaupun ‘ketentuan pembatasan’ itu tidak disebut secara langsung di dalam susunan ayatnya. Demikian juga halnya dengan setiap ayat yang mengandungi pengertian seperti itu walaupun ayat itu sendiri tidak langsung bermaksud menerangkan atau menunjukkan persoalannya. Pengertian itu berupa isyarah yang terkandung di dalam makna kalimat tersebut. Itulah yang dinamakan dalalatul isyarah. Dengan demikian, firman Allah yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah dan daging babi...” di dalamnya terkandung pengertian berdasarkan dalalatul iltizam yang mengharamkan aktiviti menternak babi. Sekalipun susunan kalimat ayat tersebut tidak secara langsung menerangkan pengharaman menternak atau menggembala babi, namun pengertian sedemikian itu lazim tercakup di dalam makna itu sendiri. Ini adalah kerana pengharaman makan daging babi sudah pasti juga mengandungi pengertian mengharamkan juga apa-apa perbuatan yang berkaitan dengan babi mulai dari menternak, mengembang-biakkannya, menggembalanya dan sebagainya. Tegasnya ialah, jika Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan atau melarang sesuatu, maka pengertian yang terdapat di dalam perintah dan larangan itu tidak semata-mata mengandungi makna menurut al-manthuq (teks yang diucapkan), namun termasuk juga makna yang di ambil berdasarkan dalalatul iltizam.

Tambahan dari itu, dalam persoalan jual-beli babi pula, dinyatakan bahawa Jabir ra pernah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengharamkam penjualan dan pembelian arak, bangkai dan babi’. Seorang sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah! bagaimanakah dengan lemak babi, ia dapat digunakan untuk mengecat perahu, untuk menghaluskan kulit dan digunakan pula sebagai penerang (lampu)?’ Baginda menjawab. ‘Tidak, ia tetap haram!’ Kemudian baginda melanjutkannya lagi, ‘Allah mengutuk orang-orang Yahudi. Allah mengharamkan mereka makan lemak babi, tetapi mereka mengumpukkannya lalu menjualnya dan makan duit hasil dari penjualan khinzir” [HR Bukhari, Muslim dan Ashabul-Sunan]. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuk orang-orang Yahudi, mereka diharamkan makan lemak babi tetapi mereka menjualnya dan makan duit hasil dari penjualan babi. Sesungguhnya bila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengharamkan suatu kaum daripada makan sesuatu, maka diharamkan juga makan duit dari penjualannya” [HR Ahmad dan Abu Dawud].
Back to top Go down
http://www.yuta.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 40
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 12:55 pm

mungoks btol la dorg neh.. akai xda ka??
Back to top Go down
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeMon Aug 25, 2008 4:20 pm

ermm akai ada letak kat lutut ain.. huhuhu..
semua gile duit.. duit.. duit.. duit..
tak pkr dh pasal org lain..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
hziemah
Temenggung
Temenggung
hziemah


Female
Posts : 654
Age : 43
Location : Putrajaya
Joined : 2008-03-28

Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitimeTue Aug 26, 2008 8:59 am

ape le nak jd kan dengan Msia skrg ni..
Back to top Go down
http://hziemah.fotopages.com
Sponsored content





Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor Empty
PostSubject: Re: Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor   Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Isu Ladang Ternakan Babi Di Selangor
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Selsema babi
» Coklat enak import didakwa ada lemak babi
» Kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Isu-isu Semasa-
Jump to: