Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcap8%Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcap19%Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcap50%Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcap22%Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
zoulle
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
mehatespink
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
nina2519
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
bayu_pagi
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
notme
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
roll_honey
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
notrex
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
irees_natasha
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
jay
Chikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_lcapChikungunya Sakit Demam Tulang I_voting_barChikungunya Sakit Demam Tulang I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 68 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 68 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Chikungunya Sakit Demam Tulang

Go down 
5 posters
AuthorMessage
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Aug 20, 2008 12:24 pm

CHIKUNGUNYA - menambah satu lagi senarai nama penyakit yang berbelit lidah hendak menyebutnya seperti japanese encephalitis (JE) dan elephantiasis (untut) dan tifoid (demam kepialu).

Tidak mengapa, anda boleh menggunakan panggilan ringkasnya sahaja yang tidak kurang popularnya iaitu, Chik.

Selain faktor cuaca yang tidak menentu dan tahap kebersihan sesetengah penduduk yang memualkan, tidak kurang juga yang mengaitkan punca penyakit-penyakit di atas dengan kemasukan imigran ke tanah air.



Persamaan lain yang ingin diberikan perhatian di dalam perkembangan ini adalah tentang betapa makhluk kecil bernama nyamuk mengancam kehidupan ‘gergasi’ manusia sehingga menjadi korban.

Kesihatan mendapatkan penjelasan pakar iaitu Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Mohamad Ikhsan Selamat mengenai chikungunya.

Hasilnya dimuatkan dalam bentuk soal jawab seperti berikut:

Apa itu chikungunya?

Penyakit demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan atau populasi, sentiasa ada) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus alphavirus).

Kes pertama chikungunya direkodkan pada tahun 1952 di Tanzania, Afrika. Mendapat namanya dari bahasa Swahili, chikungunya bererti ‘melengkung ke atas’, merujuk kepada bentuk badan pesakit yang berubah seperti membongkok disebabkan menanggung kesakitan yang teramat.

Sejauh manakah kekerapannya berlaku?

Wabak chikungunya pertama kali dikesan di Afrika Timur, yang berlaku pada tahun 1952 hingga 1953. Sejurus kemudian, epidemik berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968), Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Sejak tahun 2003, terdapat beberapa wabak berlaku di kepulauan Lautan Pasifik termasuk Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion, dengan jumlah kes yang meningkat ketara selepas bencana tsunami pada Disember 2004.

Memetik laporan AFP, sebanyak 148 kematian (secara langsung dan tidak langsung) telah dilaporkan sehingga Mac lalu di La Reunion dengan satu per tiga daripada penduduknya yang berjumlah 777,000 jatuh sakit disebabkan oleh virus itu.

Selain insiden yang mula dikesan penularannya sejak 1 April lalu di Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak, negara pernah dilaporkan dua kali menghadapi wabak ini iaitu pada tahun 1999 di Pelabuhan Klang melibatkan 27 mangsa (majoritinya pendatang asing).

Kes chikungunya yang pertama sekali di Malaysia pernah dilaporkan sekitar tahun 1960-an.

Adakah ini bermakna, individu tertentu lebih rentan terhadap penyakit ini berbanding orang lain?

Sesiapa sahaja yang digigit oleh nyamuk yang telah dijangkiti oleh virus ini boleh mendapat penyakit chikungunya.

Cara penularannya

Chikungunya boleh dikatakan ‘bersaudara’ dengan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah kerana ditularkan oleh pembawa yang sama iaitu nyamuk aedes sama ada aegypty mahupun albopictus.

Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang.

Nyamuk aedes lazimnya akan menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat.

Adakah seseorang itu boleh dijangkiti oleh virus chikungunya beberapa kali seumur hidupnya?

Tidak. Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama.

Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.

Diagnosis

Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.

Adakah ia boleh dirawat?

Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).

Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirahat yang cukup.

Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.

Langkah-langkah pencegahan?

Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.

Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:

* Tidur menggunakan kelambu

* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes

* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap

* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga

* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin

* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.

Tidakkah nyamuk yang membawa virus chikungunya ini turut dijangkiti oleh penyakit tersebut?

Tidak. Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.

Adakah seseorang yang telah dijangkiti boleh menularkan penyakit chikungunya kepada orang lain pula?

Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.

Tempoh pengeraman

Masa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).

Gejala

Simptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius.

Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.

Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.

Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.

Jadi, kenapa perlu bimbang?

Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.

Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.

Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:09 pm

penyakit yg semakin berleluasa skrg..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zalynn
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
zalynn


Female
Posts : 42
Age : 48
Location : JB
Status : Married
Joined : 2008-06-20

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 12:56 pm

hmmm...nina nak tau, kita ni baru jek sembuh drp penyakit chiku tu. insaf rasanye mmg sakit teramat sakit..gi klinik tak boleh jalan..2 mgg kita mc tak keja, duduk umah baring jek..keja umah , masak..sumer suami ngan anak yg buat.
Back to top Go down
http://www.utm.my
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 1:39 pm

ermm tu laa kak zalynn..
penyakit nie teruk jugak..
kalo yg dh terkena tu lambat laa nak elok..
seeloknya bile rasa badan dh tak sedap tu
di check doctor.. injet.. kalo dh teruk baru nak g
lambat laa eloknya.. kat kpg nina ramai jugak yg kena..
sian sapa yg kena.. kat jelai nina dgr ada yg
meninggal kena penyakit nie..
mintak2 dijauhkanlah..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zalynn
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
zalynn


Female
Posts : 42
Age : 48
Location : JB
Status : Married
Joined : 2008-06-20

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 3:48 pm

betul..mintak dijauhkan, sebab sakitnye tak boleh nak ckp. nak solat pon susah tau..tak boleh nak rukuk dan sujud. sepanjang sakit akak kena solat duduk. cam tu sekali tau penangannya. memang serik rasanye.
Back to top Go down
http://www.utm.my
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 3:54 pm

erm tulaa.. dh jd cam robot kan..
nak bangun gerak pun payah..
sian sapa yg kena.. bapa lama akk kena???
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zalynn
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
zalynn


Female
Posts : 42
Age : 48
Location : JB
Status : Married
Joined : 2008-06-20

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 4:01 pm

haah cam robot hehehe..akak yg kena, dekat 2 mgg . nasib baik suami ngan anak2 tak kena. kalo tak sian dorang sbb akak dah tau betapa sakitnye.
Back to top Go down
http://www.utm.my
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 4:23 pm

lama jugak erk..
ni betul2 dh sembuh lom nie..
tu laa pasal.. kalo budak2 yg kena
lagi teruk.. sian derang..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zalynn
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
zalynn


Female
Posts : 42
Age : 48
Location : JB
Status : Married
Joined : 2008-06-20

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeMon Sep 08, 2008 4:30 pm

memang lama kalo kena sakit tu. kata doktor kalo sakit tu lmbt nak pulih sepenuhnya. sakit nye boleh dtg lagi. jadi kena la jaga2. tu la kalo budak yang kena mmg sian.
Back to top Go down
http://www.utm.my
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Sep 09, 2008 10:52 am

oo yeker..
kira penyakit nie leh kena berulang kali laa erk..
bahaya jugak tue.. kalo bebudak kena laa
ermm tak tau nak cakap apa.. kita org dewasa nie pun
tak dapat tahan inikan budak2..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
nyamok
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
nyamok


Male
Posts : 252
Age : 43
Location : left behind u....
Status : laporrr
Joined : 2008-06-19

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Sep 09, 2008 11:47 am

nyamok ni mmg jht kan...kesian plak tgk zalynn...
bape lame duk spital ek???
risau plak aku neh..
Back to top Go down
http://www.utm.my
wiser
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
wiser


Male
Posts : 295
Age : 49
Location : Pahang
Status : ~bujang 3~
Joined : 2008-06-25

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Sep 10, 2008 10:31 am

Huh,mmg sakit la kena chiku ni.Aku baru kuar hosp suspek chikungunya.Smua sendi sakit.Smpai ari ni x de selera makan.Yg penting cepat2 la gi hospital.8 btol wei masuk air.
Back to top Go down
http://www.sifoo.org
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Sep 10, 2008 10:38 am

wahh banyak tul masuk air..
bapa lama demam tue..
tu laa penyakit chingunya nie
makin merebak skrg..
kalo lambat dan dh merebak satu badan
bahaya leh bawak maut..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
zalynn
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
zalynn


Female
Posts : 42
Age : 48
Location : JB
Status : Married
Joined : 2008-06-20

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeThu Sep 11, 2008 12:47 pm

nyamok wrote:
nyamok ni mmg jht kan...kesian plak tgk zalynn...
bape lame duk spital ek???
risau plak aku neh..

tima kasih la sbb kesian kat kita ni. tp tak duduk kat spital pon. cuma terbaring jek kat umah. huhuhuhu...mintak dijauhkan penyakit tu..perit bangat.
Back to top Go down
http://www.utm.my
zalynn
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
zalynn


Female
Posts : 42
Age : 48
Location : JB
Status : Married
Joined : 2008-06-20

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeThu Sep 11, 2008 12:53 pm

nina2519 wrote:
oo yeker..
kira penyakit nie leh kena berulang kali laa erk..
bahaya jugak tue.. kalo bebudak kena laa
ermm tak tau nak cakap apa.. kita org dewasa nie pun
tak dapat tahan inikan budak2..

tol tu nina..doktor kata penyakit ni boleh berulang2 w/pon dah penah kena, tak mustahil akan kena lagi kalo tak jaga2. apa yg kita dengo..budak2 kurang kena penyakit ni. sbb jg ramai kena org beso jek.
Back to top Go down
http://www.utm.my
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeThu Sep 11, 2008 4:35 pm

tu laa.. nina pun takde dgr laa
selalu org2 dewasa laa kena..
nasib baik jugaklah kan..
kak zalynn dh sembuh sepenuhnya
tak nie??
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
dini_alieyah
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
dini_alieyah


Female
Posts : 210
Age : 46
Location : N9
Status : ~wife & mother of 2 kids~
Joined : 2008-09-10

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Sep 16, 2008 11:39 am

anak dini, yaya, mase ahad mlm tu tiba2 dia demam
mmg panas
pantu bdn dia dah bentuk mcm C nad gigil2
dia kata perut sakita dia
dini x tunggu lg terus tuamkan dia ngan air batu
alhamdulillah lps tu bdn dia x merengkuk lg
bagi ubat demam gak
la ni dia dah ok cuma batuk2 jek
nak kata dia sakit sendi2 xd plak..elok jek dia rase sihat sket, mulalah nak berjalan2..kitowang lak suh dia berehat..
nyway..dini br je bc artikel ni..ade gak simptom2 samer ngan penyakit Chik ni..klu yaya x ok..dini akan bawak jumpa paed..
Back to top Go down
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Sep 16, 2008 1:51 pm

yaya umo bapa kak dini..
biasanya simptom nie jarang berlaku kak budak2
but tak tau laa.. nina tak dgr lagi masa nie..
kalo org dewasa memang ramailah.. tu laa
kak dini bawak g klinik injet.. nnti lambat2
merebak dh susah.. harap2 semua ok lah..
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
dini_alieyah
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
dini_alieyah


Female
Posts : 210
Age : 46
Location : N9
Status : ~wife & mother of 2 kids~
Joined : 2008-09-10

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeTue Sep 16, 2008 3:56 pm

nina..yaya 4 thn+
ptg ni nak bwk gak g klinik
risau gak bila dah baca artkel ni
doakan yaya x kena penyakit ni ek...
Back to top Go down
nina2519
Temenggung
Temenggung
nina2519


Female
Posts : 2324
Age : 38
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitimeWed Sep 17, 2008 9:51 am

insyaallah yaya sehat tue..
jarang dgr budak2 kena..
apa kata doktor kak dini??
bawak tak yaya g klinik semalam
Back to top Go down
http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
Sponsored content





Chikungunya Sakit Demam Tulang Empty
PostSubject: Re: Chikungunya Sakit Demam Tulang   Chikungunya Sakit Demam Tulang I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Chikungunya Sakit Demam Tulang
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» sakit jantung
» pantun sakit hati
» Kenali sifat seseorang ketika sakit
» info-hubungkait sakit dengan fungsi badan
» MOZE HERBS – Penawar Gaut & Sakit Sendi No.1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum II :: Teratak Kesihatan & Kebersihan-
Jump to: