Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcap8%bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcap19%bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcap50%bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcap22%bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
zoulle
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
mehatespink
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
nina2519
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
bayu_pagi
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
notme
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
roll_honey
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
notrex
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
irees_natasha
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
jay
bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_lcapbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_voting_barbersediakah wanita hadapi suami curang??? I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 48 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 48 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 bersediakah wanita hadapi suami curang???

Go down 
+2
mehatespink
@>-- phantageerow85
6 posters
AuthorMessage
@>-- phantageerow85
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
@>-- phantageerow85


Female
Posts : 392
Age : 38
Location : de' johore
Status : married
Joined : 2008-04-18

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Aug 20, 2008 10:25 am

Pakar psikologi perkahwinan berpendapat isteri perlu buat kajian jika pasangan cari teman baru

SEGALA-GALANYA sudah diberikan. Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ketepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta.

Namun, apa yang dibalasnya pada anda? Dia mempunyai wanita simpanan! Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran. Pengorbanan yang dilakukan selama ini dirasakan hanyalah sia-sia.

Dalam kejadian 19 Februari lalu umpamanya, seorang suri rumah yang dikatakan hilang pertimbangan selepas mengesyaki suaminya bermain kayu tiga bertindak di luar batasan apabila membunuh dua anak lelakinya di Taman Indah, Batu Maung, Georgetown.

Wanita itu juga dipercayai menjerut mati anaknya dikenali sebagai Muhammad Alif Hakimi, enam tahun, dan Muhammad Alif Hazemi, 17 bulan, dengan wayar seterika.

Kesnya masih dalam perbicaraan pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian berasingan minggu lalu, gara-gara cemburukan suami yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain, Woon Suik Ling, 25, mengambil tindakan nekad terjun dari tingkat lapan kondominium di Jinjang, Selangor.

Malah, dua hari sebelum mengambil tindakan nekad itu, mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dan memakan pil. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang keluarganya.

Kejadian sebegini menunjukkan betapa sikap curang itu membawa padah dan boleh mengundang bahaya.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

�Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

�Tetapi, dalam hal ini jika hubungan itu berkaitan dengan ikatan perhubungan yang tidak sah, hukumnya tetap zina,� katanya.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Apatah lagi bila mengenangkan isteri di rumah sudah tidak secantik dan sewangi dulu. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara.

Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan.

Paras rupa mulai kusam, kulit kering dan potongan badan tidak mengancam seperti zaman anak dara. Nampak seakan enteng, tetapi itu semua begitu penting di mata suami.

Dr Mat Saat berkata, perubahan itu sedikit sebanyak membuatkan suami memberi alasan untuk �makan luar� oleh kerana isteri mulai mengabaikan penjagaan diri.

�Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati ada 88 faktor kecurangan dalam perhubungan. Kita juga perlu tahu sebab apa kecurangan itu berlaku,� katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Katanya, jika hubungan kekeluargaan ingin diselamatkan, biasanya pasangan suami isteri akan diberikan kaunseling untuk memulihkan semula hubungan, seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan.

�Namun, kita juga perlu mengambil kira sebab apa tindakan suami untuk berlaku curang. Adakah dia ingin kembali semula kepada isteri atau ingin bercerai untuk bersama dengan pasangan barunya. Begitu juga dengan isteri, adakah dia bersedia untuk menerima kembali, seterusnya memaafkan perbuatan suami,� katanya.

Ditanya panduan mengekalkan hubungan suami isteri, Dr Mat Saat berkata, banyak cara untuk pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan selain saling mempercayai.

Katanya, penting sekali untuk mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang sambil saling mengambil berat perihal pasangan masing-masing bagi memastikan kerukunan rumah tangga.

FAKTA
Lima Faktor Perubahan Suami

1 - Menjadi panas baran

- Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2 - Tiba-tiba menjadi sibuk

- Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3 - Sering berahsia

- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering �lari� sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?

4 - Semakin bergaya

- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!

5 - Menjadi bertambah penyayang

- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati�
Back to top Go down
http://www.myspace.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 40
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeThu Sep 18, 2008 7:24 pm

sedia ke tak die kene face de truth gak..
tp cara nk facing tu kene gune akal yg waras la..
jgn wat mende yg bukan2
Back to top Go down
apatz
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
apatz


Male
Posts : 325
Age : 42
Location : keyel
Status : baker bakery
Joined : 2008-08-14

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri Sep 19, 2008 1:06 am

~betul ke tajuk nie..confirmla mana ada wanita yg bersedia..ingt lumba lari ker..hihi
Back to top Go down
http://www.friendster.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 40
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri Sep 19, 2008 8:55 am

ape tak btolnye lak..
mmg ade la kes camni
Back to top Go down
apatz
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
apatz


Male
Posts : 325
Age : 42
Location : keyel
Status : baker bakery
Joined : 2008-08-14

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri Sep 19, 2008 12:57 pm

~em mmg ade kes2 nie..malahan banyak..mesti sedey kan?nauzubillah
Back to top Go down
http://www.friendster.com
@>-- phantageerow85
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
@>-- phantageerow85


Female
Posts : 392
Age : 38
Location : de' johore
Status : married
Joined : 2008-04-18

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri Sep 19, 2008 4:07 pm

erm apa kata bg solution dia mcm mana nk menghadapi tu...sbb mgkin ada yg segan nk bertanya so at least klu kt dah tanye ni diaorg leh bc jek....so klu ada cadangan bg la,mcm mana nk mghadapi nye...
Back to top Go down
http://www.myspace.com
zam
Bendahara
Bendahara
zam


Male
Posts : 5644
Age : 35
Location : Petaling Jaya
Status : Married
Joined : 2008-03-28

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri Sep 19, 2008 4:18 pm

ni ada satu q & a dari satu laman web..bagus untuk kita renung2kan..

Muhasabah diri dalam menangani suami curang


SOALAN:

SAYA sedar, suami berlaku curang dan membuat maksiat dengan wanita lain. Untuk pengetahuan, suami saya rajin ke surau, berjemaah dengan anak-anak serta menyuruh mereka rajin belajar berbuat baik. Bagaimanapun, saya kecewa dengan sikapnya. Pernah saya merajuk dan bertukar bilik agar dipujuk dan diberi penjelasan mengenainya. Malangnya, keadaan bertambah buruk. Suami mengambil kesempatan keluar malam. Jika bertugas di luar tidak memberitahu saya ke mana dia pergi. Saya cuba berdamai dan memohon maaf. Malangnya suami enggan memaafkan. Saya tidak dibenarkan tidur bersama dan bilik dikuncinya. Saya tetap setia sebagai isteri. Saya masih uruskan makan minum dan pakaiannya. Saya kecewa sebab diabaikan berbelas tahun lamanya. Persoalannya bagaimanakah amalan saya? Takut tidak diterima Allah kerana tidak mendapat keredaan suami. Saya sudah meminta maaf walaupun suami tetap dengan perangai buruknya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menginsafkan suami?

ISTERI Malang.

JAWAPAN:

DUNIA ini adalah pentas ujian. Tidak ada seorang pun dari kita yang terlepas daripada diuji. Hanya bentuk ujian yang berbeza. Mengenai masalah puan, ada beberapa cadangan yang boleh difikirkan. Menjadi sunnah Allah, segala perubahan bermula dari dalam diri sendiri.

Firman Allah bermaksud:

"(Balasan) yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Anfal, ayat 53)

Sehubungan itu, puan perlu melakukan muhasabah diri dengan tulus ikhlas. Perhatikan apakah puan sudah menunaikan segala tanggungjawab terhadap Allah, rasul, ibu bapa, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, masyarakat, negara, saudara seagama seluruhnya.

Begitu juga tanggungjawab terhadap makhluk Allah yang lain. Kadang-kadang kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap pihak lain dibalas dengan kecuaian orang lain terhadap hak diri kita. Ambillah kesempatan waktu suami tidak mahu tidur sebilik untuk bermunajat, berdoa dan memohon ampun kepada Allah di atas segala kesilapan dan dosa terhadap-Nya dan makhluk-Nya.

Apabila sudah menunaikan hak Allah dan makhluk-Nya (sekadar yang termampu), insya-Allah, hak kita akan ditunaikan-Nya pula. Nafkah dan layanan baik adalah sebahagian daripada tanggungjawab suami terhadap isteri yang termaktub dalam al-Quran. Isteri berhak untuk memperolehnya.

Sebab itu, ulama berpendapat sekiranya hak itu tidak diberi sewajarnya, isteri diberi dua pilihan.

Pertama:

Membuat tuntutan supaya ikatan perkahwinan ditamatkan. Perceraian adalah mimpi ngeri yang tidak sanggup dibayangkan oleh kebanyakan wanita. Ramai yang lebih suka memilih untuk menanggung derita dalam rumah tangga daripada berfikir untuk bercerai.

Kedua:

Jadi pilihan yang kedua adalah bersabar. Jika kita bersabar Insya-Allah ganjarannya sangat besar. Untuk merawat kerisauan, puan boleh bergiat diri dalam kegiatan berfaedah.

Sertailah pertubuhan dakwah, sosial atau kebajikan. Dengan ilmu yang ada, banyak sumbangan yang boleh puan berikan bagi membantu masyarakat yang menghadapi masalah yang jauh lebih kronik dan mencemaskan.

Apabila menolong saudara kita, insya-Allah Dia akan menolong kita pula. Paling utama daripada segala-galanya adalah doa. Sesungguhnya hati manusia adalah milik Allah. Hanya Dia yang berkuasa mengubahnya. Jadi jangan berputus asa dalam berdoa.

FAKTA Sifat wanita mulia Tidak suka menuntut perkara yang membebankan suami Tidak berhias untuk lelaki bukan muhrimnya Menjauhkan diri daripada sifat tercela Tidak meninggikan suara melebihi suara suami Tidak keluar rumah tanpa izin suami Tidak membelanjakan harta suami tanpa izinnya Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama Tidak menuntut cerai atau talak Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah

DIJAWAB oleh Prof Madya Maznah Daud, Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
Back to top Go down
http://cencuroot.blogspot.com
apatz
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
apatz


Male
Posts : 325
Age : 42
Location : keyel
Status : baker bakery
Joined : 2008-08-14

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri Sep 19, 2008 5:07 pm

~aku rasa jawapan Prof Maznah nie dh serba lengkap..kembali kpd-Nya.
Back to top Go down
http://www.friendster.com
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
rotab_bam


Male
Posts : 193
Age : 37
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeTue Sep 23, 2008 3:12 pm

betul tu...setiap perkara yg berlaku, xkira laki ke perempuan..kita kena muhasabah diri kita.. mungkin musibah yg berlaku kerana dosa2 kita sndiri..
Back to top Go down
http://www.yuta.com
apatz
Darjah Setia Di Raja
Darjah Setia Di Raja
apatz


Male
Posts : 325
Age : 42
Location : keyel
Status : baker bakery
Joined : 2008-08-14

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Sep 24, 2008 12:05 am

just nak berkongsi bersama tazkirah dari seorg ustaz..

..if kereta rosak, mesti kite panggil pomen betul x?xkanla panggil tok kadi..if rumah rosak mestila kite panggil kontraktor,xkanla panggil polis..

so if manusia rosak?siapa kita panggil? jawapannya siapa yg lebih mengetahui
tentang manusia? lawyer?majistrate? tentulah Allah subhanahuwataala yg Maha mengetahui..jadi apepon if kita di dlm masalah..rujuk dan kembalilah kpd pencipta-Nya.

ambillah iktibar semoga dapt disampaikan dan bermanfaat.

tq2

p/s:harap2 pahamla Smile if xpaham aku leh xplainkan
Back to top Go down
http://www.friendster.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung
mehatespink


Female
Posts : 2860
Age : 40
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeWed Sep 24, 2008 9:25 am

apatz wrote:
just nak berkongsi bersama tazkirah dari seorg ustaz..

..if kereta rosak, mesti kite panggil pomen betul x?xkanla panggil tok kadi..if rumah rosak mestila kite panggil kontraktor,xkanla panggil polis..

so if manusia rosak?siapa kita panggil? jawapannya siapa yg lebih mengetahui
tentang manusia? lawyer?majistrate? tentulah Allah subhanahuwataala yg Maha mengetahui..jadi apepon if kita di dlm masalah..rujuk dan kembalilah kpd pencipta-Nya.

ambillah iktibar semoga dapt disampaikan dan bermanfaat.

tq2

p/s:harap2 pahamla Smile if xpaham aku leh xplainkan


sokong bangat stetment atas neh..
sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala ape yg terjadi..
Back to top Go down
ahmadramli
Rakyat Jelata
Rakyat Jelata
ahmadramli


Male
Posts : 1
Age : 49
Location : Kuala Lumpur
Status : admin
Joined : 2010-05-21

bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitimeFri May 21, 2010 3:32 am

Adakah anda mengesyaki suami anda curang?

Anda ingin tahu butiran
apakah butiran chat/email/apa yang ditaip ke dalam facebook/tagged dll?

Saya
mempunyai software khas untuk anda mengetahui setiap patah perkataan
yang ditaip semasa chat/email/facebook dll.

Software canggih ini
biasanya berharga RM300 di pasaran.

Saya boleh installkan
software ini di dalam PC anda untuk RM70 sahaja sekali dengan servis
pemasangan.

Email saya di dreambuilder2u@yahoo.com atau contact
saya di 0134434329 (Ahmad) jika anda berminat.

Tawaran harga ini
terhad dan boleh naik ke harga asal bila2 masa sahaja.

Keutamaan
kepada warga Lembah Klang tetapi sesiapa yang berminat yang berada di
negeri lain boleh berbincang.

Adakah anda ingin berkira2 wang
anda dan membiarkan masalah yang kecil makin membesar? Bertindak
sekarang!

Terima kasih.
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
Sponsored content





bersediakah wanita hadapi suami curang??? Empty
PostSubject: Re: bersediakah wanita hadapi suami curang???   bersediakah wanita hadapi suami curang??? I_icon_minitime

Back to top Go down
 
bersediakah wanita hadapi suami curang???
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» WANGIAN WANITA MEMIKAT SUAMI: MYSTIQUE SWISS
» ILMU PENUNDUK SUAMI & WANGIAN UNTUK WANITA DAN HUKUMNYA
» Perfume Pemikat Wanita | Mengoda Wanita Dengan Wangian
» 3 kali je curang
» Kenapa Dia Curang???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum II :: Teratak Lelaki & Wanita :: Teratak Wanita-
Jump to: