Forum Komuniti Teratak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» TISSU MAGIC SPRAY - WWW.BATINSUAMI.COM
Universal Remote Control I_icon_minitimeTue Jan 09, 2024 3:13 pm by notrex

» A drop of ecstasy - MENINGKATKAN DAYA KEINGINAN SEKS WANITA
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:48 pm by notrex

» STEVIA AJMAL Sweetener Pemanis Tanpa Gula
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:44 pm by notrex

» BIG PENIS ORIGINAL - www.batinsuami.com
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed Nov 22, 2023 1:35 pm by notrex

» Original Gambir Emas Plus Gel (Lulus KKM) - www.batinsuami.c
Universal Remote Control I_icon_minitimeThu Jun 15, 2023 9:52 am by notrex

» Herbal Rimba - WWW.BATINSUAMI.COM
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 11:29 am by notrex

» Spring Returns (juga dikenali sebagai SR Capsule) - WWW.BATI
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed Jun 07, 2023 10:45 am by notrex

» Xdrop Perangsang NAFSU SEX WANITA 100%ORIGINAL
Universal Remote Control I_icon_minitimeTue Jun 06, 2023 1:41 pm by notrex

» SEX POWER JAPAN SPRAY - 0133066540
Universal Remote Control I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:51 am by notrex

» TITAN CANDY SUPPLEMENT - www.batinsuami.com
Universal Remote Control I_icon_minitimeTue May 30, 2023 9:13 am by notrex

» BIG PENIS ENLARGEMENT - WWW.BATINSUAMI.COM
Universal Remote Control I_icon_minitimeMon May 29, 2023 10:07 am by notrex

» American Booster - 0133066540
Universal Remote Control I_icon_minitimeMon May 29, 2023 9:48 am by notrex

» SOLOCO SPRAY - Spray Tahan Lama - 0133066540
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:39 am by notrex

» Hickel Spray ORGINAL - WWW.BATINSUAMI.COM
Universal Remote Control I_icon_minitimeWed May 24, 2023 7:28 am by notrex

» Tw booster gold original
Universal Remote Control I_icon_minitimeTue May 23, 2023 1:32 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
Universal Remote Control I_vote_lcap8%Universal Remote Control I_vote_rcap
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
Universal Remote Control I_vote_lcap19%Universal Remote Control I_vote_rcap
 19% [ 7 ]
Menarik
Universal Remote Control I_vote_lcap50%Universal Remote Control I_vote_rcap
 50% [ 18 ]
Amat menarik
Universal Remote Control I_vote_lcap22%Universal Remote Control I_vote_rcap
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
zoulle
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
mehatespink
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
nina2519
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
bayu_pagi
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
notme
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
roll_honey
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
notrex
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
irees_natasha
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
jay
Universal Remote Control I_vote_lcapUniversal Remote Control I_voting_barUniversal Remote Control I_vote_rcap 
Who is online?
In total there are 42 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 42 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 280 on Sun Apr 11, 2021 1:48 pm

 

 Universal Remote Control

Go down 
AuthorMessage
rotab_bam
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
rotab_bam


Male
Posts : 193
Age : 37
Location : somewhere in nowhere
Status : online (masa register)
Joined : 2008-08-06

Universal Remote Control Empty
PostSubject: Universal Remote Control   Universal Remote Control I_icon_minitimeFri Oct 24, 2008 12:18 pm

Kelahiran alat kawalan jauh universal ini seakan satu langkah awal bagi mendepani dunia yang kian kompleks.Universal Remote Control In_01.1
HANYA 40 butang dipilih untuk dimasukkan ke dalam alat kawalan jauh ini.


RUMAH moden hari ini memang canggih. Bermacam-macam alat elektrik dan elektronik mengisi ruang rumah antaranya televisyen, pemain DVD, VCD, MP3, hifi, pembesar suara mahupun set teater rumah. Lebih canggih apabila hampir kesemuanya dikendalikan dengan menggunakan alat kawalan jauh. Pendek kata, zaman manusia bangkit dari sofa untuk menukar saluran televisyen kini sudah lama berlalu.

Namun, ada sesuatu yang kurang menyenangkan. Pertambahan bilangan alat kawalan jauh seiring dengan pertambahan bilangan peranti elektronik yang dimiliki membuatkan hidup kita kembali rumit. Keliru dibuatnya apabila melihat alat-alat kawalan jauh yang semakin menimbun di atas meja. Yang mana satu untuk televisyen? Yang mana satu pula untuk pemain DVD?

Lebih-lebih lagi, jika anda seorang isteri yang sering menyerahkan hal-hal barang elektrik rumah kepada suami, atau ahli rumah yang tidak begitu arif tentang penggunaan alat-alat kawalan jauh yang saling hampir serupa ini. Pastinya boleh 'mati kutu' apabila suami tiada di rumah.

Menyedari masalah itu, syarikat Logitech baru-baru ini tampil dengan alat kawalan jauh universal, Harmony One yang mampu mengendalikan pelbagai peranti elektrik dan elektronik di rumah anda. Ini bermakna, anda kini boleh mengurangkan jumlah bilangan alat kawalan jauh di rumah kepada satu unit sahaja!
Berbekalkan ciri mudah digunakan, Harmony One yang beroperasi menerusi inframerah, serupa seperti alat kawalan jauh yang lain. Ia setakat ini mampu digunapakai untuk 225,000 peranti elektrik daripada 5,000 jenama di dunia.Universal Remote Control In_01.2
DAVID CHU (kanan) dan Moninder Jain menunjukkan alat kawalan jauh, Harmony One di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kelahiran alat kawalan jauh ini seakan satu langkah awal bagi mendepani dunia yang kian kompleks.

"Dua puluh tahun lalu, tiada siapa menyangka televisyen akan dilengkapi dengan alat kawalan jauh. Tetapi kemudiannya, kita lihat televisyen mempunyai alat kawalan jauh. Sekarang, bukan sahaja televisyen yang dilengkapi alat kawalan jauh, bahkan semakin banyak peranti yang juga dikawal dengan alat kawalan jauh.
"Trend ini, pasti akan meningkat dan kian kompleks apabila dunia semakin canggih pada masa akan datang. Kalau sekarang di rumah, kita ada empat alat kawalan jauh pun sudah ada yang kebingungan, apatah lagi kalau bilangannya bertambah pada masa akan datang.

"Justeru, dengan Harmony One, anda boleh mengoperasikan pelbagai alat elektrik hanya menerusi satu unit alat kawalan jauh," kata Pengurus Pemasaran Produk Serantau, Logitech Asia Pasifik, David Chu kepada pemberita ketika acara demonstrasi produk pada majlis pelancaran Harmony One di Hotel Maya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut menarik, apabila dia turut bercerita tentang pengalamannya sendiri.
"Di ruang rehat rumah saya, ada macam-macam peranti elektrik untuk sistem hiburan. Ada televisyen, pemain DVD, PlayStation, Xbox dan macam-macam lagi. Semuanya guna alat kawalan jauh. Sayalah orang paling biasa dengan peranti-peranti ini. Masalah timbul, apabila isteri saya mahu menggunakannya. Mesti dia akan panggil saya untuk menguruskannya.

"Tetapi, selepas menggunakan alat kawalan jauh universal ini, masalah selesai dan saya tidak perlu lagi asyik naik dan turun tangga di rumah bertingkat saya apabila isteri panggil. Lega. Saya percaya, jika anda juga orang seperti saya, maka anda akan memerlukan alat kawalan jauh ini," katanya sambil disambut gelak tawa hadirin.

Dengan rekaan ergonomik, Harmony One selesa untuk dipegang. Ciri skrin sentuh 2.2 inci berwarna pula menyuntik elemen moden dan menawan.
"Kami telah melakukan kajian selama lebih enam bulan sebelum menghasilkan alat kawalan jauh ini. Kami mendapatkan pandangan pengguna tentang bagaimana amalan penggunaan alat kawalan jauh mereka dan apa masalah mereka ketika menggunakannya," kata Pengarah Pemasaran Bisnes Logitech Asia Pasifik, Moninder Jain. Universal Remote Control In_01.3
ANDA kini boleh mengoperasikan pelbagai alat elektrik dengan hanya menggunakan satu alat kawalan jauh.


Hasil daripada kajian itu, mereka telah memilih secara cermat 40 butang sahaja untuk dimasukkan ke dalam alat kawalan jauh Harmony One meliputi butang-butang yang benar-benar diperlukan pengguna.

"Menggunakannya pun mudah. Kami cipta ia agar senang dioperasikan oleh sesiapa sahaja. Anda boleh terus menukar untuk menonton televisyen kepada DVD dengan menekan satu butang sahaja. Secara automatik juga, ia akan membuka pemain DVD untuk anda," ujarnya lagi.

Bukan sekadar peranti-peranti sistem hiburan rumah seperti menonton televisyen, DVD atau mendengar lagu, Harmony One juga boleh digunapakai untuk kipas dan penghawa dingin berkawalan jauh.

Bagi membolehkan alat ini beroperasi di rumah anda, apa yang perlu anda buat ialah melakukan instalasi perisian yang didatangkan bersama pembelian Harmony One di komputer dan memasuki set up berasaskan Internet. Kemudian, anda perlu memasukkan model dan jenama peranti yang ingin dioperasikan dan lakukan langkah-langkah seperti yang diarahkan. Setelah selesai proses set up, maka ia sedia untuk digunakan.

Selain daripada Harmony One, alat-alat kawalan jauh terbaru keluaran Logitech seperti Harmony 1000, Harmony 885 dan Harmony 525 turut diperkenalkan kepada media pada majlis pelancaran itu.

Harmony One yang menerima Anugerah Rekaan dan Kejuruteraan Aksesori Hiburan Rumah Berinovasi Terbaik, CES 2008 dijual di pasaran pada harga RM1,099 seunit.
Back to top Go down
http://www.yuta.com
 
Universal Remote Control
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum II :: Teratak IT dan Teknologi-
Jump to: