HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» Flaming Desire - www.kedaikuat.com
Yesterday at 11:51 am by notrex

» phero max original minyak wangi pemikat WWW.KEDAIKUAT.COM
Thu Dec 08, 2016 6:33 pm by notrex

» Phero-X Perfume Murah RM65 - WWW.KEDAIKUAT.COM
Wed Dec 07, 2016 6:23 pm by notrex

» MAX XTENDER - www.kedaikuat.com
Tue Dec 06, 2016 6:22 pm by notrex

» Bazooka Pills 60 BIJI RM220 | www.kedaikuat.com 0133066540
Mon Dec 05, 2016 6:04 pm by notrex

» Vimax Izon Original RM220 | www.kedaikuat.com
Sun Dec 04, 2016 6:18 pm by notrex

» PROEXTENDER v3 rm120 WWW.KEDAIBATIN.COM
Sat Nov 26, 2016 2:53 pm by notrex

» Energy Power Pump Murah - Alat Tambah Saiz Zakar
Thu Nov 24, 2016 5:55 pm by notrex

» X-MEN VACUUM PUMP RM180 - 0133066540
Wed Nov 23, 2016 6:07 pm by notrex

» PAM ZAKAR HIGH VACUUM WWW.KEDAIBATIN.COM - RM90
Tue Nov 22, 2016 5:55 pm by notrex

» PAM ZAKAR HANDSOME UP - WWW.KEDAIBATIN.COM
Mon Nov 21, 2016 5:48 pm by notrex

» Bathmate RM180 FREE SHOWER STRAP
Sun Nov 20, 2016 3:09 pm by notrex

» VIMAX DELAY SPRAY - WWW.KEDAIBATIN.COM
Thu Nov 17, 2016 6:12 pm by notrex

»  Topman 3 Malaysia | Topman 3 Pills | RM80 0133066540
Wed Nov 16, 2016 6:51 pm by notrex

» TISU SUPER MAGIC - www.kedaibatin.com
Tue Nov 15, 2016 1:43 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 untuk orang2 putus cinta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: untuk orang2 putus cinta   Tue Apr 08, 2008 4:44 pm

even cite ni panjang, tp beZZ.. layanzZZZZ n enjoy! leh motivate diri..

Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perokonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidurpun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku.

Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah!

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu.

"khabar apakah zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna?

Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.

"zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas".

Aku tersenyum membaca sms yang ke2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan".Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling 'bengkeng' dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh.

"Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana?"

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?!Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati, tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar aku insan dhaif yang lemah..lemah dengan cinta manusia yang sia-sia.

Aku tertunduk lesu.

"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insane yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung.

"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!"

Aku mencebik dan tersenyum sinis.

"Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini".

Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku.

"Kau terlalu naif!"

Aku tersentak, benarkah?

"Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!"

Mendatar kalimah itu.

"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!"

Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

"Aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya."

Dia melepaskan satu keluhan.Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.

"Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan.Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama.

Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini. ..

Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu benar.Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum.

Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi.Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah... terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui.Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.Sms husna ku balas..."

Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"


"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah. Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof, seandainya kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Setiap yang dijadikan tuhan ade kekurangannya."
Back to top Go down
View user profile
notme
Bendahara
Bendahara


Female
Posts : 1746
Age : 34
Location : JB
Status : single not available
Joined : 2008-03-31

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Wed Apr 09, 2008 10:46 am

gud article...
tersentuh n tersentak aku seketika...uhukk...

_________________
Back to top Go down
View user profile http://cyberminishop.blogspot.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Fri Apr 11, 2008 10:05 am

tok renungan bersame..
n dlm hdup ni jgn mudah ptus asa, kite kene igt, stiap ape yg tuhan beri tu ade hikmahnye..
even pedih, kene telan gaksss..
n ade 'hadiah' menunggu atas tiap kesakitan yg diberikan jika kite adalah org yg sabar..
cheers

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 1332
Age : 34
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Fri Apr 11, 2008 10:37 am

memang tul ain ... setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnyer
cuma kadang kala bila hati telah dilukai, payah utk kita kembali seperti dulu ... bukan kerana kita telah berputus asa tapi kerna kita tidak sanggup untuk menghadapi situasi kekecewaan dan kepedihan tu lagi ...
kerana dalam hati ini sering berkata, biar lah air mata itu yang terakhir ...

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Fri Apr 11, 2008 4:02 pm

yup, kekecewaan itu satu kepedihan..
n ianya juga satu pengalaman utk dijadikan teladan dlm hidup..
bila da terluka, it takes time tok sembuh dan rasa takot utk membina sebuah cinta yg baru sbb xmo lg terluka mcm dlu..

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
danizh_83
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Ahli Mangku Negara (A.M.N)


Female
Posts : 71
Age : 33
Location : melaka
Joined : 2008-04-07

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Fri Apr 11, 2008 4:16 pm

wah...
berbaur kecewa ajerk nih..
rilekz ek..
pelan2 kayuh...
Back to top Go down
View user profile
irees_natasha
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 1332
Age : 34
Location : .. My Heart ..
Status : .. My Love ..
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Fri Apr 11, 2008 4:32 pm

emm tul tu ....
bukan senang kita nak bangun dari kejatuhan ...
utk bangkit kita perlu kan kekuatan ...

biarlah masa yang menentukan segalanya ...
kalo ada .. ada laa .. kalo tak ada .. nak wat macam mana ...

_________________


" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ...
... tiada insan berdosa yg tidak punyai masa depan ..."
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/ivynatasha2002
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Mon Apr 14, 2008 12:57 pm

danizh_83 wrote:
wah...
berbaur kecewa ajerk nih..
rilekz ek..
pelan2 kayuh...

heheheh.. ade la sket2..
even kecewa cemane pun, xkan la nk siksa dri laks...
life must go on bebeh.. cheers

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
nina2519
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2324
Age : 31
Location : ~Jin Bertendang~
Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~
Joined : 2008-04-04

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Mon Apr 14, 2008 3:30 pm

mehatespink wrote:
tok renungan bersame..
n dlm hdup ni jgn mudah ptus asa, kite kene igt, stiap ape yg tuhan beri tu ade hikmahnye..
even pedih, kene telan gaksss..
n ade 'hadiah' menunggu atas tiap kesakitan yg diberikan jika kite adalah org yg sabar..
cheers

betul tue..tapi sampai bilekah harus menunggu??? huhuhu..

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu
Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman
Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu T
idak Sesempurna Rasulullah SAW ::.
Back to top Go down
View user profile http://arosamutiara-neina.blogspot.com/
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Mon Apr 14, 2008 3:34 pm

erkkkk...
susa nk jwp tue nina..
smpai bile kite harus menunggu??
slagi kite percaya pada tuhan dan berdoa, dan percaya tuhan tidak akan mensia2kan permintaan hambanya, sehingga itu la kite harus menungguuuu..
penantian itu satu penyiksaaan, tapi hasilnya nnt satu kemanisan (ye kot)
Tuhan sentiasa berada dekat dgn org2 yg sabar..

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
bayu_pagi
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2295
Age : 38
Location : EARTH~
Status : MaRRieD
Joined : 2008-05-05

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Mon May 05, 2008 5:43 pm

emm...tak tahu lak cik ain dah jadik kaunselor dan pakar motivasi....
ok la tuuuh....!!!

nak mintak nasihat nie...cemaner nak kurus? ahaksss

laughing
Back to top Go down
View user profile http://www.yahoo.com
mehatespink
Temenggung
Temenggung


Female
Posts : 2860
Age : 33
Location : sumwhere in malaysia
Joined : 2008-04-03

PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Mon May 05, 2008 5:47 pm

hehehhe..
nk kurus ea..
even lari dari topic (ampun ye admin), xpe, saye bg tips..
jgn mkn nasi tp, tukar kan nasi tu kpd roti ke or mkanan2 yg slain dr nasi tp makesure berkhasiat...
& jg lupe minum susu..
cousin saye da buat & ia berkesan..
dari 60kg berat die, tros tron ke 49kg...
cume org yg kuat iman je berjaye..
try lar..

_________________
::mehatespink::
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: untuk orang2 putus cinta   Today at 9:07 am

Back to top Go down
 
untuk orang2 putus cinta
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» VALAVANIS AUTUMN TOKONOMA DISPLAY
» The Bazar
» die grinder, tools question
» Vietnam International bonsai show
» Ixora chinensis -"santan"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum III :: Teratak Cinta & Persahabatan-
Jump to: