HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» PROEXTENDER v3 rm120 WWW.KEDAIBATIN.COM
Sat Nov 26, 2016 2:53 pm by notrex

» Energy Power Pump Murah - Alat Tambah Saiz Zakar
Thu Nov 24, 2016 5:55 pm by notrex

» X-MEN VACUUM PUMP RM180 - 0133066540
Wed Nov 23, 2016 6:07 pm by notrex

» PAM ZAKAR HIGH VACUUM WWW.KEDAIBATIN.COM - RM90
Tue Nov 22, 2016 5:55 pm by notrex

» PAM ZAKAR HANDSOME UP - WWW.KEDAIBATIN.COM
Mon Nov 21, 2016 5:48 pm by notrex

» Bathmate RM180 FREE SHOWER STRAP
Sun Nov 20, 2016 3:09 pm by notrex

» VIMAX DELAY SPRAY - WWW.KEDAIBATIN.COM
Thu Nov 17, 2016 6:12 pm by notrex

»  Topman 3 Malaysia | Topman 3 Pills | RM80 0133066540
Wed Nov 16, 2016 6:51 pm by notrex

» TISU SUPER MAGIC - www.kedaibatin.com
Tue Nov 15, 2016 1:43 pm by notrex

» STUD 100 SPRAY EJAKULASI - www.kedaikuat.com
Mon Nov 14, 2016 6:38 pm by notrex

» PL SUPER GEL - www.kedaibatin.com
Sun Nov 13, 2016 2:07 pm by notrex

» PENIS SLEEVE - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 5:40 pm by notrex

» MACA MEN DELAY SPRAY RM80 - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 12:27 am by notrex

» Imax Delay Spray - www.kedaibatin.com
Wed Nov 09, 2016 5:53 pm by notrex

» GEL TAHAN LAMA - MEN SECRET GEL
Tue Nov 08, 2016 6:02 pm by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Jihad Wanita

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
wiser
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)


Male
Posts : 295
Age : 42
Location : Pahang
Status : ~bujang 3~
Joined : 2008-06-25

PostSubject: Jihad Wanita   Fri Jul 18, 2008 12:21 pm

Jihad Seorang Wanita

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam
fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan
menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir!
Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan
Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan
tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai
keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat
Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti
berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah
ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di
atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri
sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad.
Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran
serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian
daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya
sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita
perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk
mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang
wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang
pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku
telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan
oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka
mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan
mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering
membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,
bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat
sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai
Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila
si suami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak
menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya
atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam
tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah,
kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature)
kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan
kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya
kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan
pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya
dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap
wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad
di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat
demikian.

Bagaimanakah pendirian kita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum
lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah
ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam
ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka
(adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin,
apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan
ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa
yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah
sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan
mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya
jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat
mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan
keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi
kenyataaan.

Firman Allah:

"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut
hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang
Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara
kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah,
Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran
anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan
penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara
hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang
salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat
manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi,
sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita
bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah
dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad
tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak
boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan
dahulu.
Back to top Go down
View user profile http://www.sifoo.org
 
Jihad Wanita
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Keagamaan-
Jump to: