HomeGalleryFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Jom Borak
Organisasi Teratak
PENAUNG
DYMM Sultan Teratak
DYMM Permaisuri
 
WEBMASTER
 
ADMINISTRATORS
Inspektor Sahab
Bendahara Teratak
 
MODERATORS
Temenggung Teratak
 
TDC's Logo
Designed by:
Latest topics
» Bazooka Pills 60 BIJI RM220 | www.kedaikuat.com 0133066540
Today at 6:04 pm by notrex

» Vimax Izon Original RM220 | www.kedaikuat.com
Yesterday at 6:18 pm by notrex

» PROEXTENDER v3 rm120 WWW.KEDAIBATIN.COM
Sat Nov 26, 2016 2:53 pm by notrex

» Energy Power Pump Murah - Alat Tambah Saiz Zakar
Thu Nov 24, 2016 5:55 pm by notrex

» X-MEN VACUUM PUMP RM180 - 0133066540
Wed Nov 23, 2016 6:07 pm by notrex

» PAM ZAKAR HIGH VACUUM WWW.KEDAIBATIN.COM - RM90
Tue Nov 22, 2016 5:55 pm by notrex

» PAM ZAKAR HANDSOME UP - WWW.KEDAIBATIN.COM
Mon Nov 21, 2016 5:48 pm by notrex

» Bathmate RM180 FREE SHOWER STRAP
Sun Nov 20, 2016 3:09 pm by notrex

» VIMAX DELAY SPRAY - WWW.KEDAIBATIN.COM
Thu Nov 17, 2016 6:12 pm by notrex

»  Topman 3 Malaysia | Topman 3 Pills | RM80 0133066540
Wed Nov 16, 2016 6:51 pm by notrex

» TISU SUPER MAGIC - www.kedaibatin.com
Tue Nov 15, 2016 1:43 pm by notrex

» STUD 100 SPRAY EJAKULASI - www.kedaikuat.com
Mon Nov 14, 2016 6:38 pm by notrex

» PL SUPER GEL - www.kedaibatin.com
Sun Nov 13, 2016 2:07 pm by notrex

» PENIS SLEEVE - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 5:40 pm by notrex

» MACA MEN DELAY SPRAY RM80 - WWW.KEDAIBATIN.COM
Fri Nov 11, 2016 12:27 am by notrex

Poll
Teratak Dunia Cyber
Membosankan
8%
 8% [ 3 ]
Biasa sahaja
19%
 19% [ 7 ]
Menarik
50%
 50% [ 18 ]
Amat menarik
22%
 22% [ 8 ]
Total Votes : 36
Top posters
zam
 
zoulle
 
mehatespink
 
nina2519
 
bayu_pagi
 
notme
 
roll_honey
 
irees_natasha
 
notrex
 
jay
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 70 on Thu Jun 28, 2012 3:31 pm

Share | 
 

 Pandangan Dr.Taha Jabir mengenai kes liwat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Spawn
Temenggung
Temenggung


Male
Posts : 550
Age : 32
Location : Pasir Gudang
Status : 'Hilang Secara Misteri'
Joined : 2008-04-04

PostSubject: Pandangan Dr.Taha Jabir mengenai kes liwat   Wed Jul 09, 2008 6:17 pm

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai kes fitnah Anwar Ibrahim



Soalan
Telah berlaku satu isu yang
menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh
terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk
memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan
angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.
Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan,
apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan
dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang
terlibat dalam kes pembunuhan?
Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq
al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau
tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil,
khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang
mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu
disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia
bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:
4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali
sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat
dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka
(berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.
tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan
kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian
besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang
besar (di dunia dan di akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang
beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri
(orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta
yang nyata.
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi
membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat
orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang
yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan
rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan
azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu
itu; -
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu
dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu
yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu
pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah
adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:
"Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya
Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah
satu dusta besar yang mengejutkan".
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak
mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul
kamu orang-orang yang beriman.
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang
buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab
siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan
(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak
mengetahui (yang demikian)."
Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia
Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk
menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan
ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk
memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih
kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan
kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut
Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan
Arab).
Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di
Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa
dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah
semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat
kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun
melibatkan harga diri seseorang.
Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh
menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka
semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau
pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.
Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa
Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan
belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah
beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah
alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya
atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri
atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika
pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai
seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60
akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.
Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman,
konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus
mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.
Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar
oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan
antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh
sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah
dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri
daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang
dibincangkan iaitu �Qazaf�.
Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang
penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang
teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk
membebaskan diri daripadanya.
Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan
Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul
Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai
dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri
untuk membersihkan nama baik dan maruah.
Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam
kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua
Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara
sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut
tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir
ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan
takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.
Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu
kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas
hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran :
Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta
dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati
yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).
Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya
kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus
negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan
nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada
akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri
seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah
negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan
kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.
Back to top Go down
View user profile http://www.lirikdanlagu.blogspot.com
 
Pandangan Dr.Taha Jabir mengenai kes liwat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Komuniti Teratak :: Teratak Forum I :: Teratak Keagamaan-
Jump to: