| Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? | |
|
+4wiser bayu_pagi mehatespink nina2519 8 posters |
Author | Message |
---|
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Wed Jul 09, 2008 3:18 pm | |
| KALAU minggu lalu teman Diva, Joyah dan Zubir bertanya betul ke rumah tangga pelakon Nora Danish dengan suaminya Rizal Ashram Ramli ibarat retak menanti belah, minggu ini Diva mendapat maklumat bahawa Nora dan Rizal memang sah telah bercerai.
Mereka bercerai sejak dua minggu lalu iaitu ketika Nora sedang mengandungkan anak sulung mereka yang baru berusia dua bulan.
Mengikut sumber daripada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Rizal yang juga anak sulung bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, telah memfailkan penceraian mereka di mahkamah itu dua minggu lalu.
Rentetan itu, Nora dan Rizal dijadualkan kembali ke mahkamah itu untuk sebutan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah pada 10 Julai depan.
Ramai yang nak tahu punca mereka berpisah. Cuma setahu Diva, Nora menafikan mereka bercerai kerana bergaduh dan salah faham selepas tersebar gosip seorang pelakon mabuk mencium leher suami pelakon jelita ini. Sebaliknya mungkin jodoh mereka memang tak panjang.
Apa pun Diva mendoakan yang terbaik buat mereka berdua serta bayi dalam kandungan Nora sentiasa sihat. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Wed Jul 09, 2008 4:07 pm | |
| hurm, nak kawin punye la bersusah payah, wat grand2, at last jadi camgini.. dorang ni wat nikah kawin ni cam main2 je.. kan nikah kawin tu satu ikatan yg suci.. | |
|
| |
bayu_pagi Temenggung
Posts : 2295 Age : 45 Location : EARTH~ Status : MaRRieD Joined : 2008-05-05
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Wed Jul 09, 2008 4:25 pm | |
| aduhaiiii kes cerai berai lagik ker.... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Wed Jul 09, 2008 4:43 pm | |
| erm tapi kan saah ker cerai tue sedangkan nora kan mengandung.. biasalah bile hal artis nie heboh jerk lebey.. tah2 derang tak cerai cume gosip jerk | |
|
| |
wiser Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 295 Age : 49 Location : Pahang Status : ~bujang 3~ Joined : 2008-06-25
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Thu Jul 10, 2008 1:52 pm | |
| Kesian nora danish..baru je kawin dah kena cerai.Lawa mcm tu pun masih tak syukur lg ke??Cantik tak menjamin kebahagiaan. | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Thu Jul 10, 2008 3:28 pm | |
| iskhh ... yer ker citer nii ??? kalo yer, la sian nyerr ... dah la ngandung pastu diceraikan lakk .... aduh haiii ... dah jatuh ditimpa tangga lak ... | |
|
| |
Spawn Temenggung
Posts : 551 Age : 39 Location : Pasir Gudang Status : 'Hilang Secara Misteri' Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Thu Jul 10, 2008 10:33 pm | |
| Ari ni kat berita masuk Nora Danish gi mahkamah nak sahkan lafaz cerai melalui telefon. | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Fri Jul 11, 2008 9:12 am | |
| yeker spawn.. tapi bole ker isteri yg tgh mengandung diceraikan?? | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Fri Jul 11, 2008 10:38 am | |
| KUALA LUMPUR 10 Julai - Suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa dia telah melafazkan cerai kepada pelakon drama bersiri Puteri itu sebanyak dua kali sejak lima bulan lalu.
Menurut Rizal, 32, lafaz pertama yang berbunyi 'I ceraikan you' berlaku di rumah mereka di Jalan Ritchie, Ampang di sini pada sekitar Februari lalu sebelum mereka rujuk kembali kemudiannya.
''Selepas lafaz, saya keluar rumah dan tidak berjumpa defendan (Nora) beberapa hari serta berlarutan berminggu-minggu.
''Setelah fikir masak-masak, saya kembali rujuk kepada defendan dengan nasihat seorang ustaz. Saya rujuk dengan lafaz, Nora binti Mohd. Danish kembali jadi isteri saya,'' katanya.
Rizal berkata demikian semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Irwan Ismail bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai dengan dia bertindak sebagai plaintif manakala Nora sebagai defendan.
Menurutnya, dia bagaimanapun sekali lagi melafazkan cerai terhadap Nora atau nama sebenar Nora Mohd. Danish Hanif, 26, kira-kira pukul 3.30 petang, 17 Jun lalu melalui panggilan telefon semasa berada di pejabatnya di Sri Hartamas.
Tawar hatiJelas beliau yang juga anak sulung kepada bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, kata-kata yang berbunyi 'saya ceraikan you' itu dilafazkan bukan disebabkan pergaduhan, tetapi kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.
''Sehari sebelum itu saya beritahu Nora saya telah tawar hati. Saya telefon esoknya dengan tujuan untuk ceraikan dia. Apabila saya lafaz, Nora tanya talak berapa, saya kata talak dua, tetapi maksud saya talak kali kedua, bukan talak dua.
''Selepas lafaz, saya letak telefon dan saya tidak pernah berjumpa dengan defendan sehingga pagi tadi. Tapi kami ada berhubung melalui telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas,'' katanya.
Ditanya sama ada beliau faham tentang kedua-dua lafaz itu dan berada dalam keadaan sedar serta tidak dipaksa, Rizal mengiyakannya.
Sementara itu, Nora yang turut memberi keterangan mengesahkan mendengar kedua-dua lafaz talak tersebut serta berlakunya rujuk walau tidak dapat mengingati tarikh kejadian itu berlaku.
Dia bagaimanapun menafikan kejadian lafaz pertama berlaku di rumah mereka, sebaliknya ia juga dibuat melalui telefon kerana kedua-duanya berada di tempat berasingan pada ketika itu.
''Saya rasa 'bekas suami' saya kurang ingat, tapi apa yang saya pasti, dia berada di rumah orang tuanya di Ampang dan saya berada di rumah saya.
''Kami memang sudah tidak bersefahaman dan sering bertelingkah pendapat. Saya rasa ini (cerai) jalan terbaik untuk kami berdua,'' katanya.
Semasa ditanya oleh hakim tentang keadaannya semasa kedua-dua talak itu dilafazkan, kata Nora, dia dalam keadaan suci dan kini sedang hamil tiga bulan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Ogos ini untuk membuat keputusan bagi pengesahan kedua-dua lafaz cerai tersebut. | |
|
| |
areDIKA Temenggung
Posts : 470 Age : 42 Location : putrajaya Joined : 2008-03-31
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Fri Jul 11, 2008 4:38 pm | |
| hmmm cerai jugak?? tak sangka lak... | |
|
| |
RfZ Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Posts : 111 Age : 40 Location : Selangor Status : Single Joined : 2008-06-17
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Fri Jul 11, 2008 5:32 pm | |
| Di manakah perginya cinta mereka tu...??hanya dgn selisih pendapat, bercerai yg dipilih....hmmm Kesian baby yg dikandung tu....malang menimpa tanpa sempat melihat dunia. Rizal & Nora Danish, pikirlah demi zuriat kamu.....itu adalah harta kamu di dunia & di akhirat.. | |
|
| |
wiser Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)
Posts : 295 Age : 49 Location : Pahang Status : ~bujang 3~ Joined : 2008-06-25
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Sat Jul 12, 2008 12:48 pm | |
| Nampaknya kawin cerai ni mmg mainan je bg artis2 di Malaysia ni. | |
|
| |
Spawn Temenggung
Posts : 551 Age : 39 Location : Pasir Gudang Status : 'Hilang Secara Misteri' Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Sat Jul 12, 2008 3:15 pm | |
| orang skang ni memang,tak matang lagi dah kawin,kambing tul. | |
|
| |
mehatespink Temenggung
Posts : 2860 Age : 41 Location : sumwhere in malaysia Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Mon Jul 14, 2008 3:58 pm | |
| tu la pasal, kawin ni mst kene ready dr segi mentel & fizikal.. | |
|
| |
irees_natasha Temenggung
Posts : 1332 Age : 42 Location : .. My Heart .. Status : .. My Love .. Joined : 2008-04-03
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Thu Jul 17, 2008 11:01 am | |
| kesian baby dia ... mungkin dengan perpisahan nii ada hikmahnya ... apa pun nora kena tabah hadapi dugaan nii ... | |
|
| |
nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? Thu Jul 17, 2008 1:13 pm | |
| erm tulah cian nora.. kena lalui semua ni sensorang sepatutnya time2 camnilah nora perlukan husband dier.. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? | |
| |
|
| |
| Nora Danish Sah Bercerai Dengan Suami..Betul ker?? | |
|