nina2519 Temenggung
Posts : 2324 Age : 38 Location : ~Jin Bertendang~ Status : ~ Single Tak single Sangat Laa ~ Joined : 2008-04-04
| Subject: Teknologi 3G Bawa Kebaikan / Keburukan... Tue Jul 01, 2008 12:59 pm | |
| PENGENALAN apakah yg dimaksudkan dengan Teknologi 3G??
3G ialah singkatan untuk Third-Generation atau Generasi Ketiga teknologi telefon bimbit. Teknologi 3G secara ringkasnya adalah satu sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dari telefon bimbit ke komputer riba. Selain itu pengguna juga boleh memuat turun lagu dan video dengan kadar sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding teknologi kini. 3G juga adalah teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar berbanding teknologi sedia ada.Teknologi yang semakin popular ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, e-mail, pesanan segera (instant messaging), sebagai mesin faksimili dan petunjuk peta.
Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka.
Jepun adalah negara pertama yang memperkenalkan sistem 3G, kerana selera meluas rakyatnya terhadap telefon digital berteknologi tinggi.
Namun, disebalik Teknologi yang canggih atau banyak kebaikan yang boleh diperolehi, kita juga perlu fikirkan apakah keburukan dari implikasi teknologi ini, terutama dalam masyarakat kita hari ini. Teknologi komunikasi generasi ketiga, 3G di negara ini dijangka akan meningkatkan lagi jumlah kejadian seks, khususnya membabitkan kes yang menjuruskan kepada penderaan seks terhadap kanak-kanak.
Pengerusi Badan Bertindak Pencegahan Penderaan Seksual Terhadap Kanak-kanak (MCPCSA), Sabri Abdul Rahman, berkata teknologi berkenaan turut membolehkan bahan negatif, terutama membabitkan seks, dapat dilihat pada telefon bimbit sebagaimana di komputer peribadi (PC).
Katanya, dianggarkan 30 peratus daripada jumlah telefon bimbit kini dimiliki pengguna remaja yang mana ini sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk didedahkan dan terdedah kepada kegiatan seks atau menjadi mangsa penderaan seks.
“Memandangkan teknologi 3G yang berupaya menyalurkan data dengan laju selain membolehkan akses ke web, ia menjadi alat atau platform membolehkan golongan remaja mengetahui apa yang mereka ingin ketahui mengenai seks dengan hanya menaip URLnya saja.
“Sekali gus teknologi canggih masa kini ini boleh menjadi platform meningkatkan kes seks memandangkan keupayaannya untuk menyalurkan kandungan seksual tanpa sebarang pengawasan,” katanya kepada media pada majlis penyampaian perisian yang mampu menyekat bahan negatif di internet oleh Computer Associates (M) Sdn Bhd (CA) kepada MCPCSA, di lace w:st="on">Kuala Lumpur lace>, baru-baru ini.
Perisian itu disampaikan oleh Pengarah Urusan CA Asia Selatan, Piti Pramotedham kepada Sabri.
Sabri berkata, lapan daripada 10 yang terbabit dalam kegiatan penderaan seks kanak-kanak dikatakan melihat bahan negatif dalam internet atau cakera padat yang membuktikan teknologi canggih menjadi pengaruh kepada kegiatan itu.
“Kini dengan kemunculan telefon bimbit dengan teknologi 3G ia dilihat sebagai satu lagi ancaman yang mampu meningkatkan kes penderaan seks kanak-kanak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya usaha pendidikan atau kesedaran ditingkatkan di kalangan ibu bapa atau penjaga dalam penggunaan teknologi moden, khususnya internet bagi memastikan kanak-kanak dapat dikawal daripada mengakses bahan negatif berkenaan.
“Mengikut perangkaan di Amerika Syarikat, 74 peratus daripada ibu bapa tidak tahu apa yang dilihat oleh anak mereka melalui komputer dan kebanyakan kanak-kanak kini mahir dalam teknologi itu yang mana mampu menyimpan fail negatif itu daripada pengetahuan penjaga mereka,” katanya.
Renungan : Siapakah yang harus dipersalahkan atau disekat? Pengguna atau Pengeluar tue sendiri?? Masing2 memainkan peranan agar teknologi yg dihasilkan digunakan pd situasi yg betul...
| |
|
shyeye Darjah Setia Di Raja
Posts : 292 Age : 44 Location : Shah Alam Joined : 2008-04-02
| Subject: Re: Teknologi 3G Bawa Kebaikan / Keburukan... Wed Jul 02, 2008 7:25 am | |
| erk! br lps beli hp 3G...tp x sempat lg tuko simkad...hmmm xleh guna 3G... | |
|